Perodua sumbang peralatan perubatan dan hamper bernilai RM87,967 kepada Hospital Shah Alam

Perodua sumbang peralatan perubatan dan hamper bernilai RM87,967 kepada Hospital Shah Alam

Perodua memang tidak pernah berhenti dalam memberikan sumbangan kepada pihak sekolah, hospital mahu pun golongan yang memerlukan. Terkini, syarikat pengeluar kereta tersebut berbesar hati untuk menyerahkan sumbangan berupa peralatan perubatan dan hamper bernilai RM 87,967 kepada Hospital Besar Shah Alam. Ia adalah bertujuan untuk menyokong usaha pasukan barisan hadapan kesihatan Malaysia dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di seluruh negara.

Turut hadir dalam majlis penyerahan di Hospital Besar Shah Alam tersebut adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan Pengarah Hospital Besar Shah Alam, Dr Ruzita Othman.

Perodua menyumbang seunit Free Standing Warmer, tiga unit Photolight, Jelipad berteknologi tinggi, tujuh unit stetoskop neonat, satu set LSCS yang digunakan semasa pembedahan dan 10 unit gunting pembedahan ke wad pediatrik hospital berkenaan. Selain itu, Perodua turut menaja hamper kepada para pesakit dan juga pasukan barisan hadapan.

Perodua sumbang peralatan perubatan dan hamper bernilai RM87,967 kepada Hospital Shah Alam

Dato’ Zainal berkata Perodua mengiktiraf kepentingan usahasama antara awam dan swasta dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini.

“Kami ingin menjadi warga korporat yang bertanggungjawab dan kami akan membantu semampu yang boleh dalam memastikan akses kepada bekalan perubatan untuk hospital dan keseluruhan sistem penjagaan kesihatan adalah konsisten dan berterusan.

“Kami akan terus berkomunikasi dengan institusi-institusi awam utama dan Kementerian Kesihatan untuk melihat di mana kami boleh memberikan nilai tambah dalam sistem penjagaan kesihatan negara,” katanya.

Setakat ini, Perodua telah menyumbang bekalan perubatan kepada hospital-hospital awam lain termasuk Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required