UMW Toyota Motor (UMWT) mula mengeluarkan harga-harga baharu untuk model-model yang dijual di bilik pameran, salah satunya adalah MPV Toyota Innova. Harga baharu ini sebenarnya telah pun efektif bermula 1 Mac 2022, dan semua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insuran, termasuk pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2022.
Untuk model asas Innova 2.0E ia kini dijual pada harga RM123,880, atau RM8,327 lebih mahal dari sebelum ini. Manakala model pertengahan 2.0G pula dijual pada harga RM133,880, atau RM8,648 lebih mahal dari harga lama. Dan untuk varian tertinggi 2.0X pula ia kini dijual pada harga RM141,880 atau RM8,535 lebih mahal dari sebelumnya.
Perlindungan waranti pengeluar selama lima-tahun tanpa had perbatuan masih tidak berubah, begitu juga spesifikasi untuk setiap varian. Kesemua model Innova pasaran Malaysia ini dijana oleh enjin petrol 1TR-FE 2.0 liter empat silinder berkuasa 139 PS/183 Nm.
Ia digandingkan dengan kotak gear automatik konvensional enam kelajuan bagi memacu roda belakang. Kotak gear tersebut turut diberikan mod manual pada tuil penukar gear, serta tiga mod pemanduan iaitu Normal, Eco dan Power.
Model 2.0E dan 2.0G juga masih diberikan konfigurasi tiga baris lapan tempat duduk (2-3-3), dengan tempat duduk jenis bench di baris kedua boleh dilipat secara 60:40 dan 50:50 pada baris ketiga. Manakala model 2.0X pula hadir dengan tempat duduk kapten yang lebih selesa dan ‘mewah’ di baris kedua, tetapi kapasiti tempat duduk berkurang kepada hanya tujuh dengan konfigurasi 2-2-3.
GALERI: Toyota Innova 2.0X
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Tak payah. Masih affordable
Toyota kualiti memang baik