PACE 2022: Ford Ranger XLT Plus SE, Ranger Wildtrak, Everest — nikmati servis percuma setahun

PACE 2022: Ford Ranger XLT Plus SE, Ranger Wildtrak, Everest — nikmati servis percuma setahun

Premium Auto Car Expo (PACE) anjuran paultan.org akan berlangsung hujung minggu depan di Pusat Persidangan Setia City (SCCC) dari 19-20 Mac. Di sana, akan ada pelbagai tawaran menarik diberikan untuk kereta premium baru mahupun terpakai. Jadi, jangan ketinggalan.

Dengan baki tempoh pengecualian cukai SST hingga 30 Jun nanti — melibatkan 50% untuk kereta CBU dan 100% untuk CKD — sekarang adalah masa terbaik untuk anda menikmati penjimatan tersebut. Pembeli di PACE juga akan menikmati pelbagai kelebihan dan hadiah lain yang disediakan. Juga, membeli sekarang akan membolehkan anda sempat menerima kereta baru berkenaan untuk Hari Raya nanti.

Jenama yang bakal ikut serta termasuklah Mercedes-Benz (diwakili Hap Seng Star), BMW dan MINI (diwakili Auto Bavaria), Volkswagen, Volvo, Jaguar, Land Rover, Ford dan Hyundai. Motosikal daripada BMW Motorrad dan Harley-Davidson juga akan ikut serta. Kali ini, kita akan melihat penawaran daripada Ford.

Bagi Ford Ranger, jika anda membeli beberapa model terpilih tahun 2022 seperti Ranger XLT Plus Special Edition dan Ranger Wildtrak di PACE 2022, anda akan menerima servis percuma selama setahun, yang memberikan penjimatan lebih banyak. Ford Everest juga turut diberikan dengan tawaran ini.

PACE 2022: Ford Ranger XLT Plus SE, Ranger Wildtrak, Everest — nikmati servis percuma setahun

Diumumkan bulan lalu, Ranger XLT Plus Special Edition tampil maskulin, dengan tambahan elemen estetik kepada varian pertengahan XLT Plus, yang hadir dengan enjin 2.0 liter turbodiesel 180 PS/420 Nm. Perbezaan paling utama adalah di depan, dengan versi SE ini menggunakan gril dalam gaya Raptor.

Ranger Wildtrak pula tidak perlukan pengenalan, memandangkan ia telah menjadi model flagship dengan spesifikasi paling tinggi, selain Raptor. Penampilannya unik, dengan janaan kuasa juga lebih banyak hasil daripada enjin 2.0 liter biturbo dengan 213 PS dan 500 Nm tork.

Seperti biasa, membeli kenderaan di PACE akan memberikan anda bonus dan penjimatan. Semua kenderaan yang ditempah akan menerima baucar bernilai RM2,500 daripada rakan niaga kami. Ini termasuk baucar RM500 untuk filem pelindung cat kenderaan (Kuziq Glanz), baucar RM500 bagi filem penapis haba (V-Kool), baucar RM500 bagi penapis udara (Blueair), baucar RM500 untuk kerusi kanak-kanak (Recaro Kids) dan baucar RM500 untuk produk gaya hidup Ogawa.

PACE 2022: Ford Ranger XLT Plus SE, Ranger Wildtrak, Everest — nikmati servis percuma setahun

Jenama yang ikut serta juga membawakan barisan kenderaan terpakai yang berkualiti, dan pembeli akan menerima baucar bernilai RM1,000 daripada PACE, mengandungi dua baucar rawak RM500 daripada Kuzig Glanz, V-Kool, Blueair atau Recaro Kids.

Selain tawaran daripada jenama terlibat dan baucar tersebut, pembeli di PACE 2022 juga layak untuk memenangi 10 unit telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu. Lebih menarik, ada hadiah utama berupa pakej percutian bernilai RM25,000 untuk seorang pelanggan bertuah dan pasangan. Perinciannya ada di sini.

Pengecualian SST, tawaran hebat daripada jenama, baucar percuma daripada PACE, cabutan bertuah — semua ini menjadikan acara berkenaan masa dan tempat terbaik untuk membeli kenderaan. Jumpa di sana nanti!

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required