S’gor guna dron, laser tangani isu jalan berlubang

S’gor guna dron, laser tangani isu jalan berlubang

Kerajaan Negeri Selangor akan menggunakan Sistem Pengurusan Aset Jalan Raya Pintar (SRAMS) untuk pemantauan, pengesanan dan membaikpulih jalan raya yang rosak di negeri ini. Ia dilihat sebagai salah satu langkah yang lebih pantas dan efisien untuk menangani isu berkenaan, laporan Selangor Journal.

Teknologi yang digunakan oleh sistem ini dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan Selangor, Selgem Sdn Bhd pada awal tahun 2021 untuk meminimumkan kerosakan jalan, menggunakan teknologi terkini bagi mengesan jalan berlubang.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, sistem ini mengintegrasikan teknologi Artificial Intelegence (AI), Sistem Lidar (laser Light Detection and Ranging), Dron Pintar, dan juga Camera 360 merangkumi proses pengecaman kerosakan jalan seperti jalan berlubang secara automatik, digitalisasi aliran kerja dan juga proses aduan.

“Ia telah diluluskan untuk penggunaan kepada seluruh jalan di negeri Selangor oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mempastikan penyelenggaraan jalan serta pemantauan jalan di Selangor diselaraskan,” kata Amirudin menerusi entri di Facebook.

Katanya lagi, sistem itu dibangunkan untuk menyokong sistem pelaporan semasa yang mengumpulkan aduan dibuat di media sosial, seperti Twitter, Facebook dan Waze, ke satu platform pusat.

S’gor guna dron, laser tangani isu jalan berlubang

“Sistem Pengurusan Aset Jalan Raya Pintar Selangor akan mengenalpasti aduan-aduan ini dan secara automatik, dan akan mengklasifikasikan aduan mengikut daerah-daerah yang berada di dalam Negeri Selangor. Ia akan digunakan secara menyeluruh di semua PBT di Negeri Selangor dalam memastikan keseragaman data berpusat,” tambah beliau.

Malahan, katanya, SRAMS juga akan membantu analisis yang dilakukan oleh agensi kerajaan berhubung dengan keadaan aset lebuhraya yang terjejas dengan banjir besar pada hujung tahun lalu.

“Melalui sistem ini, pengguna bukan sahaja boleh memfailkan laporan tentang kualiti jalan dan bentuk permukaan tanah, tetapi juga termasuk (laporan) perkara lain seperti lampu, lampu isyarat dan pembahagi jalan. Sistem ini sangat cekap, sebab itu kami meminta (agar) digabungkan dengan IRS, sedangkan sebelum ini laporan dibuat oleh orang ramai melalui Waze,” kata Amirudin.

Amirudin turut menambah, semua PBT di negeri ini akan mula menggunakan sistem berkenaan menjelang Jun, bagi menyeragamkan aset dan penyelenggaraan jalan. Kita akan lihat bagaimana keadaannya, mungkin pertengahan tahun ini kita akan gabungkan sistem dengan semua PBT, kerana buat masa ini ia masih dengan jabatan kerja raya Selangor,” katanya lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required