Aplikasi Setel kini boleh digunakan membayar cas EV – untuk pengecas AC dan DC, bayaran ikut per minit

Aplikasi Setel kini boleh digunakan membayar cas EV – untuk pengecas AC dan DC, bayaran ikut per minit

Selain memberikan kemudahan untuk membayar pembelian bahan api di stesen Petronas, kini aplikasi Setel telah pun menambah satu lagi ciri baharu iaitu untuk pembayaran pengecasan kenderaan elektrik (EV) di beberapa stesen pengecasan terpilih.

Setakat ini, senarai pengecasan yang disediakan tidak banyak, tetapi ia mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa. Ini kerana pengendali pengecas EV berkemungkinan mahu mengambil kesempatan dengan adanya aplikasi Setel yang sedia digunakan. Berbanding mengesyorkan pengguna untuk memuat turun aplikasi lain, mendaftar akaun baharu dan menambah kaedah pembayaran yang lain.

Antara manfaat lain menggunakan aplikasi Setel untuk pengecasan EV ialah pengguna bakal memperoleh mata Mesra daripada setiap pembayaran yang dilakukan. Malahan setiap RM5 yang dibelanjakan untuk membayar pengecasan, anda akan mendapat satu mata Mesra.

Kami telah mengenalpasti beberapa pengecas yang disenaraikan menerusi aplikasi JomCharge, jadi ini bermakna ia boleh menggunakan beberapa aplikasi bagi mengaktifkan pengecasan.

Jika anda belum memuat turutn aplikasi Setel, kami amat menghargai jika anda boleh menggunakan kod rujukan kami “5h9f3”.

Ini merupakan stesen pengecasan awal sewaktu pelancarannya, serta kadar harga pengecasan yang telah ditetapkan:

Lotus Kepong
7.4 kW AC
RM0.50/15 mins

EV Connection Workshop Parklane SS7
22 kW AC
Percuma

Ibu pejabat ACO Johor Bahru
180 kW CCS DC
Percuma

Naza Automall PJ
50 kW CCS, 50 kW Chademo, 22 kW AC
RM1.20/min

Shangri-La Rasa Sayang Resort Penang
50 kW CCS, 50 kW Chademo, 22 kW AC
RM1.20/min

Aplikasi Setel kini boleh digunakan membayar cas EV – untuk pengecas AC dan DC, bayaran ikut per minit
Aplikasi Setel kini boleh digunakan membayar cas EV – untuk pengecas AC dan DC, bayaran ikut per minitAplikasi Setel kini boleh digunakan membayar cas EV – untuk pengecas AC dan DC, bayaran ikut per minit

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required