Perhatian buat warga Petaling Jaya. Penganjuran Malaysia Women Marathon pada Ahad ini, 29 Mei 2022, bakal melibatkan penutupan sementara beberapa jalan utama di sekitar bandaraya berkenaan untuk kelancaran acara. Ini ada senarai jalan yang terlibat termasuk waktu penutupannya.
- Jalan Timur dan Persiaran Barat: 3 pagi – 10 pagi
- Jalan Changgai: 3 pagi – 8 pagi
- Jalan Selangor: 3 pagi – 8 pagi
- Jalan Utara di Kolej Brickfields Asia : 4 pagi – 9.30 pagi
- Persimpangan Jalan Kemajuan dengan Jalan Prof Khoo Kay Khim: 4 pagi – 9.30 pagi
- Jalan Templer ke Jalan PP Narayanan: 3 pagi – 8 pagi
- Jalan Khoo Kay Khim ke Jalan Harapan: 3.30 pagi – 9 pagi
- Jalan Universiti (Prof Khoo Kay Kim) – Jalan 17/1: separuh penutupan 3.30 – 9 pagi
- Jalan Kemajuan: 3.30 pagi – 9.15 pagi
Bagi peserta yang terlibat dengan acara ini, pihak penganjur telah menyediakan tiga kawasan untuk parkir kenderaan. Untuk Tempat Letak Kereta A yang dibuka dari jam 1.30 pagi hingga 3.30 pagi, jalan masuknya di simpang kecil dari Jalan Timur ke Amcorp Mall dan Lorong Sultan serta jalan keluarnya pula dari Persiaran Barat ke Jalan Utara (Bangunan MCIS Life).
Manakala untuk Tempat Letak Kereta B yang dibuka dari jam 1.30 pagi hingga 3.30 pagi dan jalan masuknya di Lorong Sultan dari Bulatan Sultan. Jalan keluarnya juga dari Persiaran Barat ke Jalan Utara (Bangunan MCIS Life).
Untuk Tempat Letak Kereta C pula, ia dibuka dari jam 1.30 pagi hingga 10 pagi, dan jalan masuknya di Jalan Gasing dan jalan keluarnya pula di Jalan Timur.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.