Kawasaki W175TR SE 2023 masuk pasaran Indonesia

Kawasaki W175TR SE 2023 masuk pasaran Indonesia

Di pasaran Indonesia, Kawasaki ada menawarkan sebuah model klasik kelas permulaan yang dipanggil sebagai W175TR. Kini, satu lagi versi untuk model tersebut diperkenalkan, iaitu W175TR SE, dengan membawa penampilan yang lebih ikonik serta penambahan beberapa aksesori.

W175TR dipacu oleh enjin satu silinder empat strok, SOHC 177 cc dengan sistem bahan api karburetor dan penyejukan udara, dipadankan bersama transmisi lima kelajuan untuk menghasilkan kuasa 13 PS pada 7,500 rpm dan 13.2 Nm tork pada 6,000 rpm.

Kelengkapan lain pada motosikal ini juga agak ringkas dengan termasuk brek cakera di hadapan dengan angkup dua piston (ABS), dram di belakang, fork teleskopik, dua penyerap hentak, meter analog bulat, lampu halogen, tangki bahan api 14 liter serta rim spoked 17 inci yang dibalut tayar 80/100 di hadapan dan 100/90 di belakang.

Kawasaki W175TR SE 2023 masuk pasaran Indonesia

Membezakan model W175TR dengan beberapa model W175 lain (Standard dan Cafe) adalah fender lebih tinggi, spring penyerap hentak belakang berwarna merah, pemegang lebih tinggi dengan palang penyambung di tengah serta pelindung bawah enjin dan ekzos.

Bagi model W175TR SE yang diperkenalkan tahun ini, ia tiba dengan warna hijau ikonik Kawasaki pada bahagian fender dan tangki minyak, bersama sedikit jalur berwarna biru dan putih. Harganya adalah 33.4 juta rupiah (RM10,000).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required