Inisiatif solar Proton di Tanjung Malim — 441 km kabel DC digunakan untuk pemasangan panel bumbung

Inisiatif solar Proton di Tanjung Malim — 441 km kabel DC digunakan untuk pemasangan panel bumbung

Diperkenalkan pada Mac tahun ini, inisiatif solar Proton telah dimulakan di kilang Tanjung Malim dengan matlamat untuk mengurangkan pembebasan CO2 sebanyak 11,536 tan setahun sebagai tambahan kepada penjimatan kewangan daripada berbelanjaan utiliti terlibat.

Kali ini Proton mengeluarkan pula video pendek menunjukkan peringkat awal pembinaan kelengkapan tenaga solar tersebut, yang terletak di tempat letak kenderaan seluas 23.4 ekar, melibatkan sebanyak 2,880 ruang parkir. Menurut penjelasan dalam video, keseluruhan 441 km penkabelan DC digunakan untuk ruang letak kereta berkenaan serta untuk susunan panel solar di bumbung.

Keseluruhannya, tempat letak kereta itu mempunyai 20,544 panel solar dua-permukaan; ini membolehkan tetapan ini menyerap tenaga dari pancaran matahari dan juga tenaga dari tanah dan kereta yang diletakkan di bawahnya, selain melindungi kereta yang diparkir di situ.

Kemudahan panel solar tersebut boleh menjana sehingga 9 MWp (megawatt-peak) elektrik, dan memberikan penjimatan mencecah RM4.39 juta dari perbelanjaan setahun untuk syarikat. Ini dilengkapi juga dengan 3 MWp daripada panel solar bumbung di bangunan utama kilang, yang menyumbang sebanyak RM1.46 juta penjimatan, jelas Proton. Kemudahan itu dipasang oleh Pekat Group dan MFP Solar.

Usaha Proton untuk mencapai neutraliti karbon bermula dengan Dasar Hijau dan Roda Hijau pada 2015, yang melibatkan perancangan lima-fasa yang terdiri daripada pengumpulan dan analisis data, projek kecekapan tenaga, pengurusan sisa dan air, dan fasa keempat, inisiatif tenaga solar.

Fasa kelima dan terakhir adalah pendigitalan semua data tenaga Proton untuk pengurus tenaga Proton menganggarkan penggunaan tenaga dan langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan penggunaan tenaga di semua kilang syarikat itu, termasuk kemudahan pejabatnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required