Motosikal anda hilang di CIQ? Ia mungkin di sita MBJB

Motosikal anda hilang di CIQ? Ia mungkin di sita MBJB

Agak kecoh di Bandaraya Johor Bahru hari ini apabila mereka yang pulang dari bekerja di Singapura mendapati bahawa motosikal masing-masing yang diparkir di sekitar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ‘lesap’.

Namun apa yang sebenarnya berlaku, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah menyita sebanyak 56 buah motosikal yang diparkir di tempat awam sekitar CIQ, Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru pagi tadi dalam satu operasi bersepadu yang dibuat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, MBJB telah menyita motosikal yang diletakkan di tempat awam sekitar kawasan berkenaan yang telah menyebabkan halangan. Tindakan tersebut dibuat dijalankan rentetan daripada aduan orang awam berkaitan motosikal yang parkir di kawasan yang tidak dibenarkan.

Motosikal anda hilang di CIQ? Ia mungkin di sita MBJB

Operasi berkenaan bermula kira-kira jam 9.30 pagi tadi melibatkan pasukan daripada 36 penguatkuasa MBJB dan 4 anggota dari Balai Polis Sentral, Johor Bahru. Tindakan pengalihan motosikal dilaksanakan di bawah kesalahan UUK 6 (i) (g), Undang- Undang Kecil Mencegah Kekotoran (MBJB) Pindaan 2014 iaitu meletakkan kenderaan di tempat awam sehingga menyebabkan halangan, tulis kenyataan berkenaan.

MBJB turut menyatakan bahawa kesemua motosikal yang disita kini disimpan di Depoh Penyimpanan Kenderaan Sitaan MBJB. Jadi untuk menyemak sama ada kenderaan disita oleh MBJB atau tidak, ia boleh dibuat secara atas talian menerusi aplikasi MyVis pada PAUTAN INI.

MBJB turut menyatakan bahawa operasi sitaan motosikal ini akan dijalankan berterusan dari semasa ke semasa, dan orang awam dinasihatkan agar meletakkan kenderaan ditempat yang sepatutnya dan tidak menimbulkan kacauganggu kepada orang awam.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required