Sime Darby jalin kerjasama dengan Wallbox untuk edar pengecas EV di Malaysia melalui syarikat Mecomb

Sime Darby jalin kerjasama dengan Wallbox untuk edar pengecas EV di Malaysia melalui syarikat Mecomb

Sime Darby telah mengumumkan satu kerjasama strategik di antara anak syarikatnya, Mecomb Malaysia, dengan Wallbox, iaitu pembekal pengecas kenderaan elektrik dan pengurusan tenaga yang berpusat di Sepanyol.

Melalui perjanjian ini, Mecomb Malaysia akan mengedarkan pelbagai produk Wallbox, dan menjadi salah satu cara mengecas AC pilihan bagi cabang syarikat automotif Sime Darby, iaitu Sime Darby Motors. Jenama yang berada di bawah Sime Darby Motors adalah termasuk BMW, MINI, Ford, Jaguar, Land Rover, Porsche, Volvo dan serta Hyundai.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Wallbox dalam menawarkan penyelesaian EV yang premium dan kompak kepada pelanggan kami. Kami harap dapat mengembangkan kerjasama ini di dalam Malaysia dan memperluaskan lagi ke benua Asia Pasifik pada masa hadapan,” kata pengarah urusan Mecomb Malaysia, Ooi Sim Mun.

Sime Darby jalin kerjasama dengan Wallbox untuk edar pengecas EV di Malaysia melalui syarikat Mecomb

Kerjasama yang baru diumumkan ini adalah satu lagi inisiatif yang selari dengan rancangan Sime Darby untuk mempunyai lebih daripada 50% produk cekap tenaga dalam portfolio mereka menjelang 2025. Sekarang ini Sime Darby sudah menjual pelbagai EV melalui jenama yang berada di bawahnya, sementara Mecomb Malaysia pula membekal dan memasang pengecas EV serta penyelesaian mengecas lain di dalam negara.

Melihat kepada risalah rasmi yang dikeluarkan, Mecomb Malaysia akan menjual dua jenis pengecas AC daripada Wallbox, iaitu Pulsar Plus (7.4 kW dan 22 kW), serta Commander 2 (22 kW).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required