Ekoran isu kesesakan lalu lintas yang kian meruncing, khususnya di Lembah Klang sejak kebelakangan ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ingin memberikan peringatan buat semua syarikat pengendali dan pemandu kenderaan barangan yang melibatkan kenderaan Berat Dengan Muatan (BDM) melebihi 7,500 kg ke atas supaya tidak menggunakan jalan raya di bandar utama pada waktu puncak pagi dan petang.
Menurut pemantauan JPJ, terdapat banyak pergerakan kenderaan berat memasuki laluan waktu terhad ke pusat bandar pada waktu puncak pagi dan petang, sekaligus menyumbang kepada kesesakan lalu lintas dan menjejaskan kelancaran aliran trafik di Lembah Klang.
“Larangan ini diwartakan sekatan sekitar sekurang-kurangnya 5 km dari pusat bandar, bermula di pintu masuk pusat bandar dengan meletakkan satu papan tanda khusus di mana dicatat waktu yang tidak dibenarkan masuk iaitu mulai jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi. Manakala pada waktu petang pula dari jam 4.30 petang hingga 7.30 malam,” ujar kenyataan yang dikeluarkan itu.
Senarai jalan terbabit di sekitar Lembah Klang adalah seperti berikut:
- Semua jalan di dalam pusat bandar KL
- Jalan Kuching, KL – Dari Taman Wahyu, Jalan Ipoh hingga ke pusat bandar KL
- Jalan Genting Klang – Dari Kolej TAR hingga ke pusat bandar KL
- Jalan Cheras – Dari Taman Midah hingga ke pusat bandar KL
- Lebuhraya PLUS – Dari R&R Rawang menghala ke KL
- Lebuhraya PLUS – Dari Plaza Tol Bukit Raja, Klang menghala KL
- Jalan Tun Razak
- Jalan Istana
- Jalan Segambut
- Jalan Sentul
- Jalan Kepong
- Jalan Ipoh – Dari Bulatan Kepong hingga Jalan Batu Caves
- Lebuhraya Karak
- Jalan Gombak – Dari Jalan Kampung Bandar Dalam hingga sempadan KL
- Jalan Genting Klang
- Jalan Cheras – Dari Jalan Pudu hingga Jalan Tenteram
- Jalan Sungai Besi – Dari Jalan Kuchai Lama hingga Lebuhraya KL-Seremban
- Jalan Kelang Lama – Dari Lebuhraya Persekutuan hingga Jalan Kuchai Lama
Larangan pada waktu puncak pagi dan petang:
Larangan pada waktu puncak petang:
Menurut JPJ, penguatkuasaan larangan kenderaan berat ini telah lama sedia ada. Tapi sejak fasa endemik, berlaku pertambahan kenderaan ini, dan apabila pemantauan dilakukan, ternyata ramai pemandu kenderaan berat mengingkari larangan tersebut.
“Penguatkuasaan bagi kesalahan sekatan larangan ini adalah berdasarkan peraturan di bawah Subseksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 (Akta 333) oleh pegawai pengangkutan jalan, pegawai polis atau warden trafik. Sekiranya ingkar, tindakan kompaun boleh dikenakan dengan tidak melebihi RM300 atau boleh didakwa di mahkamah yang mana denda yang boleh dikenakan tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2,000,” sambung JPJ lagi.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.