Pemandu Grab tutup aplikasi ketika tempoh trafik tinggi, punca perkhidmatan e-hailing berkurangan

Pemandu Grab tutup aplikasi ketika tempoh trafik tinggi, punca perkhidmatan e-hailing berkurangan

Peningkatan trafik di Lembah Klang bukan sahaja memberikan tekanan buat pengguna jalan raya, malah bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam, khususnya perkhidmatan e-hailing. Biar pun kekurangan pemandu dan permintaan yang meningkat dengan ketara telah mendorong kadar tambang naik, tetapi nampaknya sebilangan besar pemandu e-hailing tidak teruja untuk memandu biar pun mampu memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.

Difahamkan ramai pemandu Grab memilih untuk menutup aplikasi e-hailing dalam tempoh trafik yang tinggi, kerana tidak sanggup berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, laporan Malay Mail. Ia berdasarkan kenyataan dari presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA), Arif Asyraf Ali berkaitan isu tersebut, yang sebelum ini turut dilaporkan oleh The Malaysian Insight (TMI).

Bercakap pada TMI, dia berkata, sejumlah 30% hingga 40% pemandu memilih untuk tidak respons terhadap permintaan pelanggan dalam tempoh waktu tertentu, terutamanya pada waktu puncak kerana tidak mahu terkandas dalam kesesakan lalu lintas melebihi sejam. “Kesesakan trafik kini kian memuncak, malah tidak mengira waktu,” jelasnya.

Sambungnya, disebabkan kekurangan pemandu, maka pemandu yang sedia ada sangat terhad malah ada yang terpaksa berbelanja lebih untuk mengisi minyak disebabkan jarak yang lebih jauh untuk mengambil/menghantar penumpang, selain tersekat dalam kesesakan trafik.

“Kekurangan pemandu dianggarkan lebih kurang 30%, jadi jumlah pemandu yang aktif menyusut dari 70,000 ke 80,000 orang, kini tinggal 50,000 hingga 60,000 pemandu sahaja,” ujar Arif memberitahu TMI.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Apus kan auto accapt di waktu kemuncak.. Kerana amat sukar pemandu grab untuk pick up lebih 4km di waktu trafik sesak… Ni amat dikesali oleh penumpang kerana menunggu terlalu lama… Penumpang boleh bayar mahal asal kereta sampai dgn cepat.. Sekian terima

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • Bila driver nak ambil pax masa trafik kesesakan, setengah jam kedestinasi ada penunpang akan juga batal lepas 20min. Rugi driver. Lepas itu pax baru, 20 ke 30 min ke destinasi.
    Auto accept utk driver masa trafik kesesakan memberbankan driver.
    Grab sepatut buat sesuatu utk pax dan driver sama sama senang.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Monaza on Jun 11, 2022 at 3:48 pm

    Lapor aje pd grab baru grab Tau.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Mohamad Sapiee on Jun 13, 2022 at 7:56 am

    Klu mcm tu la pattern nya, tak ubah seperti masa zaman teksi “control” pengangkutan dahulu..bkn senang nk dpt teksi, klu ada skalipun berhenti depan mata bila kita tahan, bila di bgitau nk ke sekian2 tmpt, oohh terus pemandu tknk pergi sbb alasan jem. Cara pengangkutan atau system berubah, tpi mentaliti manusia tk berubah. Siapa “ada problem” dlm isu mcm ni? Pemandu, penumpang, jalanraya, kerajaan, system atau apa? Mesti ada jawapan nya..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required