Dengan berakhirnya pengecualian cukai bagi kereta baru semalam (30 Jun), syarikat kereta kini telah mula mengeluarkan senarai harga baru yang dikira sekali dengan cukai tersebut, iaitu 10% untuk kedua-dua model CBU dan CKD. Dari Perodua, harga semua model telah dikeluarkan, kecuali untuk Alza generasi kedua, yang hanya akan dilancarkan kemudian dalam bulan ini.
Bagi model yang ada sekarang, harganya telah dikembalikan kepada harga sebelum Jun 2020, iaitu waktu pengecualian SST baru dilaksanakan. Sebagai contoh, keseluruhan barisan Axia kini dijual pada harga dengan SST sama seperti waktu tersebut. Axia 1.0 kini naik RM723, iaitu jumlah sama yang dikurangkan waktu SST mula dikecualikan, dan harga RM24,090 (OTR termasuk SST) itu adalah sama seperti pada bulan Mei 2020.
Begitu juga dengan Bezza, dengan kenaikan harga bermula daripada RM1,124 untuk varian permulaan 1.0 G manual (RM34,580), hinggalah RM1,624 untuk varian 1.3 AV paling tinggi, menjadikan harganya kembali kepada RM49,980.
Untuk Myvi pula, harga baru ini adalah lebih tinggi berbanding harga sebelum pengecualian cukai diperkenalkan, dan ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Myvi facelift 2022 yang diperkenalkan November lalu memang sudah menerima peningkatan harga. Dua varian 1.3 G CVT terima kenaikan RM800, manakala varian paling tinggi, 1.5 AV pula naik RM1,100, menjadi RM59,900.
Sama seperti waktu pengecualian SST baru dilaksanakan dulu, dua varian Aruz menerima perubahan harga paling besar, dan sekarang ia kembali menjadi RM72,900 (+RM4,374) untuk 1.5 X dan RM77,900 (+RM4,674) untuk 1.5 AV.
Akhir sekali Ativa. SUV ini baru sahaja dilancarkan tahun lepas, jadi ia tidak mempunyai penanda harga dengan SST sebelum ini untuk dibandingkan. Varian permulaan 1.0 X kini menerima tambahan RM1,000 menjadi RM62,500, varian pertengahan 1.0 H ditambah RM1,200 menjadi RM67,300 (metalik) dan RM67,800 (metalik khas) dan varian paling tinggi 1.0 AV meningkat RM1,400 menjadi RM73,400.
Jika anda berjaya membuat tempahan sebelum tarikh akhir semalam, anda masih akan dapat menikmati pengecualian cukai ini selagi kereta anda didaftar sebelum 31 Mac 2023, seperti yang diumumkan oleh kerajaan 20 Jun lalu.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Masih murah kalau banding harga Lamborghini..
Setuju.dan juga bugati veyron 95
Wow
Myvi atau City Hatchback?
Jawapan:
Beli Myvi – ada ADAS, 6 airbags, blind spot monitor, rear cross traffic alert, murah dan baik kualiti sambil City hatchback guna lanewatch, macam copycat dari A Class dan interior dah outdated dan tak ada blind spot monitor dan rear cross traffic alert dan mahal dari Myvi
Ativa atau City?
Jawapan:
Beli Ativa – ada ADAS, 6 airbags untuk semua variants, blind spot monitor, rear cross traffic alert, murah dan baik kualiti sambil City sedan guna lanewatch, macam copycat dari BMW 3 Series dan interior dah outdated dan tak ada blind spot monitor dan rear cross traffic alert dan mahal dari Ativa dan low spec untuk E dan S spec guna 4 airbags dan halogen headlights
Betoi. Honda QC dah ke laut! Honda Malaysia is very greedy! Banyak honda models masih tak ada blind spot detection tapi guna buruk lanewatch system. Sekarang harga untuk kosong city hatchback adalah RM78k dari RM3k naik harga tanpa blind spot monitor dan AEB dan masih guna 4 airbags dan bulb headlamps? Harga untuk Myvi 1.5L AV adalah RM59k dari RM1k naik harga dengan blind spot monitor, AEB, 6 airbags dan led headlamps
Harga terkini alza 2022 mcmne ye.. Agak2 sesiapa yang booking sblm 1 julai 2022 masa 0% sst aritu dpt jimat berape % ye dr harga sekarang selepas launching..