Kia Glenmarie mula beroperasi – pusat 3S pertama di Lembah Klang kendalian Dinamikjaya Motors

Kia Glenmarie mula beroperasi – pusat 3S pertama di Lembah Klang kendalian Dinamikjaya Motors

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal baharu bagi jenama Kia di Malaysia telah pun membuka Kia Glenmarie yang merupakan pusat 3S pertama kendaliannya di Lembah Klang. Pusat 3S ini dilengkapi dengan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti yang memberikan kemudahan buat pemilik Kia di kawasan sekitarnya.

Menampilkan identiti baharu Kia Store, ia diterjemahkan melalui rekaan dalaman yang minimalis dengan pemilihan tona kayuan yang memberikan ketenangan. Manakala tema achoromatic pula memberikan sentuhan futuristik, gabungan ini memberikan refleksi yang menguja, sesuai dengan reka bentuk model Kia terkini.

Dengan fasiliti seluas 39,240 kaki persegi, pusat 3S ini mampu mempamerkan empat buah kenderaan baharu Kia dan memiliki 20 petak penyelenggaran yang dikendalikan oleh juruteknik berkemahiran tinggi.


Selain itu, ia turut menempatkan ruang menunggu untuk pelanggan berehat sementara menantikan kereta diselenggara, yang juga dilengkapi dengan kemudahan WiFi, ruang bekerja dan juga sudut makanan ringan.

Terletak di No. 1, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor, waktu operasi bagi bilik pameran Kia Glenmarie adalah bermula dari jam 8.30 pagi hingga 7 malam setiap Isnin hingga Jumaat, manakala pada hari Sabtu pula dari 9 pagi hingga 5 petang dan 10 pagi hingga 5 petang bagi setiap hari Ahad atau cuti umum.

Manakala untuk pusat servis pula, waktu operasinya dari jam 8 pagi hingga 5 petang untuk Isnin hingga Jumaat dan bagi Sabtu pula, dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari sahaja. Ia ditutup pada cuti umum.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required