DBKL cadang tutup Jalan TAR setiap Ahad mulai 28 September 2022 – galak warga kota berjalan kaki

DBKL cadang tutup Jalan TAR setiap Ahad mulai 28 September 2022 – galak warga kota berjalan kaki

Bagi menggalakan amalan berjalan kaki dalan kalangan warga kota, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) dari dilalui kenderaan pada setiap Ahad bermula 28 September ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata buat masa ini DBKL sedang melakukan sesi libat urus dengan pihak di kawasan terbabit bagi membolehkan penutupan jalan itu direalisasikanm laporan Harian Metro.

“Kami hendak tutup Jalan TAR dari simpang Jalan Esfahan sehingga ke Jalan Tun Perak bermula 6 pagi sehingga 12 tengah malam untuk rakyat membudayakan amalan berjalan kaki,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara semalam.

DBKL cadang tutup Jalan TAR setiap Ahad mulai 28 September 2022 – galak warga kota berjalan kaki

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkenaan usaha menaik taraf infrastruktur pejalan kaki di Kuala Lumpur dan pembudayaan amalan berjalan kaki dalam kalangan warga kota.

Tambah beliau, pelbagai program pengisian turut dirancang untuk dilaksanakan sepanjang penutupan jalan itu termasuk persembahan pemuzik jalanan (buskers), persembahan seni kreatif serta program sukan tradisional.

Selain itu, DBKL juga sedang meneliti cadangan melaksanakan perkara yang sama di persimpangan Jalan Pudu sehingga ke persimpangan Jalan Bukit Bintang.

DBKL cadang tutup Jalan TAR setiap Ahad mulai 28 September 2022 – galak warga kota berjalan kaki

Berkenaan projek menaik taraf infrastruktur laluan pejalan kaki, Jalaluddin berkata, 23 kawasan dikenal pasti sebagai berpotensi untuk dinaik taraf.

“Projek itu dirancang supaya ia mempunyai satu jaringan yang lengkap dan apabila ia siap kelak akan memberikan imej baharu atau penjenamaan semula kepada kawasan yang terbabit dan secara tidak langsung boleh dijadikan tarikan pelancongan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkenaan langkah diambil DBKL untuk menjamin keselamatan pejalan kaki, Jalaluddin berkata, kira-kira 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di seluruh bandar raya dengan 2,062 daripadanya tertumpu kepada laluan pejalan kaki, selain 250 petugas penguat kuasa menjalankan rondaan dari semasa ke semasa.

“Jangan risau, keselamatan anda dijamin. Galakkanlah amalan berjalan kaki,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required