Majlis Perbandaran Kulim lancar Kulim Smart Parking – PBT pertama di Kedah guna aplikasi parkir pintar

Majlis Perbandaran Kulim lancar Kulim Smart Parking – PBT pertama di Kedah guna aplikasi parkir pintar

Baru-baru ini Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah melancarkan sistem pembayaran tempat letak kereta baharu iaitu Kulim Smart Parking, sekaligus menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Kedah yang menggunakan aplikasi tempat letak kereta pintar.

Aplikasi Kulim Smart Parking merupakan hasil kolaborasi antara MPKK bersama Syarikat HeiTech Padu Berhad untuk mengoperasikan Sistem Tempat Letak Kereta (TLK) Pintar yang meliputi 7,000 TLK di bawah bidang kuasa MPKK, laporan Bernama.

Menurut Setiausaha MPKK Amal Zubir, aplikasi Kulim Smart Parking akan tersedia di platform Apple App Store, Huawei App Gallery dan Google Play Store mulai awal bulan ini. Aplikasi ini merupakan inisiatif MPKK bagi menambah baik serta meningkatkan taraf mutu perkhidmatannya daripada segi tadbir urus, operasi dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, khususnya melalui pengurusan tempat letak kereta.

Klik untuk besarkan imej

“Orang awam boleh menggunakan aplikasi pintar ini untuk membuat transaksi berkaitan tempat letak kereta termasuklah pembayaran TLK dan pembayaran pas bulanan TLK. Kulim Smart Parking ini merupakan salah satu inisiatif ‘quick win’ yang menyokong agenda pembangunan Bandar Kulim ke arah bandar pintar,” katanya.

Tambah beliau, aplikasi ini akan memudahkan lagi para pengguna dengan membolehkan transaksi dibayar menggunakan e-dompet sekali gus menjimatkan masa pengguna.

Beliau berkata inisiatif yang serba baharu daripada segi pembangunan dan infrastruktur itu juga mengajak orang ramai untuk membudayakan teknologi dalam urusan kerja dan kehidupan seharian.

“Berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan bermula pada bulan Jun yang lalu, majoriti responden bersetuju bahawa bayaran letak kereta secara dalam talian menggunakan telefon pintar adalah lebih mudah berbanding bayaran secara tunai,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Mariam Neoh on Oct 23, 2022 at 6:06 pm

    Why Kulim smart parking more expensive than Penang? Kulim is 60 cts per hour, Penang/Seb Jaya only 40cts.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Why cannot reload kulim smart parking wallet from Penang?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required