GM hentikan sementara iklan di Twitter selepas Elon Musk ambil alih platform media sosial tersebut

GM hentikan sementara iklan di Twitter selepas Elon Musk ambil alih platform media sosial tersebut

Gergasi automotif Amerika Syarikat, General Motors (GM) mengumumkan bahawa ia kini menghentikan sementara iklan-iklan berbayarnya yang dibuat menerusi Twitter selepas platform media sosial berkenaan kini diambil alih oleh pemilik jenama kereta elektrik Tesla, Elon Musk, lapor CNBC.

GM merupakan antara pengeluar automotif terawal di Amerika Syarikat yang mengumumkan pelaburan berbillion dolar untuk beralih bagi membangunkan kereta elektrik bateri, dan kini merupakan pesaing terus kepada Tesla. Langkah bagi menghentikan sementara pengiklanan tersebut adalah untuk menilai semula arah tuju baharu Twitter selepas ia diambil alih oleh pemilik Tesla berkenaan.

“Kami kini sedang berhubung dengan Twitter bagi memahami arah tujunya selepas platform tersebut berada di bawah pemilik baharu. Seperti urusan perniagaan yang melibatkan perubahan besar dalam platform media lain, kami telah menghentikan sementara pengiklanan berbayar kami. Interaksi perkhidmatan pelanggan kami di Twitter akan diteruskan,” tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh GM.

Elon Musk telah memuktamadkan proses pengambilalihan Twitter yang bernilai US$ 44 bilion ini pada Jumaat lalu. Selepas pembelian trsebut berjaya, CEO Twitter Parag Agrawal dan ketua kewangan Ned Segal dilaporkan telah meninggalkan ibu pejabat operasi media sosial berkenaan di San Francisco, manakala ketua dasar undang-undang, amanah dan keselamatan Vijaya Gadde telah dipecat.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required