Esok akan bermulanya acara dan pameran jualan kenderaan Auto Car Expo (ACE) anjuran paultan.org. Bagi tahun ini, ia akan ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech dan myTukar, dan bakal berlangsung Sabtu dan Ahad ini, 5-6 November 2022 bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC).
Bukan hanya akan ada pelbagai barisan kereta baru untuk didekati dan dibeli. Kalau anda tak ingin tunggu lama untuk dapat stok kereta baru daripada pengeluar, sentiasa ada pilihan untuk kereta terpakai yang berkualiti — dan tak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kereta anda. ACE 2022 mempertemukan kesemuanya.
myTukar akan berada di ekspo berkenaan dengan lebih daripada 50 buah kereta terpakai berkualiti untuk dimiliki, dengan banyak lagi pilihan boleh dinilai di laman web mereka. Apa yang menarik, stok adalah tersedia, dan pembeli tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kereta mereka.
Turut akan diadakan adalah pemeriksaan kenderaan di lokasi sekiranya anda ingin membeli dengan trade-in kereta anda yang sedia ada, dan ini dihadirkan dengan harga tetap selama 30-hari. Untuk tujuan ini, sila bawa sekali geran kenderaan dan selepas trade-in, anda akan menerima rebat segera bernilai RM1,000.
Untuk memudahkan lagi pengalaman pengguna, kereta terpakai yang dibeli akan dihantar ke rumah pembeli dalam tempoh seminggu, disertai dengan jaminan pulangan wang dalam tempoh lima-hari. Kereta terpakai berkenaan juga lengkap dengan jaminan setahun dan slot servis penyelenggaraan percuma sebanyak dua kali.
Pihak penganjur juga akan menawarkan baucar bernilai RM1,000 untuk 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan sedia ada mereka melalui myTukar. Pelanggan yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 untuk filem penapis haba V-Kool dan RM500 untuk penapis udara Blueair. 25 pelanggan pertama yang menempah kereta terpakai pula akan menerima baucar RM500 Dodomat dan RM500 Recaro untuk kerusi kanak-kanak. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.
Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.
Jumpa esok dan lusa, 5-6 November 2022 di ACE 2022 @ SCCC!
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.