PRU15: Positif Covid-19 boleh keluar mengundi — guna pelitup muka, tak boleh naik pengangkutan awam

PRU15: Positif Covid-19 boleh keluar mengundi — guna pelitup muka, tak boleh naik pengangkutan awam

Sabtu, 19 November 2022 nanti adalah hari pengundian bagi Piliharaya Umum ke-15 (PRU15) di seluruh negara. Semua yang layak wajib keluar mengundi. Tetapi, bagaimana jika anda positif Covid-19 ketika itu?

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, pengundi yang positif Covid-19 boleh keluar mengundi, tetapi diwajibkan menggunakan pelitup muka sepanjang masa. Namun, mereka tidak dibenarkan untuk menaiki pengangkutan awam, termasuk e-hailing, ujarnya seperti dilaporkan Bernama.

“(Pengundi positif Covid-19 tidak dibenarkan) singgah di mana-mana sebelum dan selepas mengundi, dan perlu pulang segera selepas selesai mengundi,” katanya dalam satu kenyataan. Bagi mengurangkan risiko jangkitan, individu positif Covid-19 diminta untuk menjaga jarak fizikal yang selamat daripada pengundi lain. Mereka juga digalakkan menggunakan cecair sanitasi tangan yang disediakan di pusat mengundi, atau di bawa sendiri.

Bagi pengundi yang belum menerima dos penggalak bagi vaksin Covid-19 juga dinasihatkan untuk segera mendaftar dan mendapatkan vaksin berkenaan bagi melindungi diri dan orang lain. Beliau turut berkongsi infografik mengenai nasihat am kepada pengundi PRU15 bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 di laman Facebooknya semalam.

Beliau berkata, petugas kesihatan akan ditempatkan di pusat pengundian bagi membantu melicinkan urusan pengundi positif Covid-19 dan menasihatkan mereka untuk mematuhi nasihat petugas kesihatan berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required