Bilik pameran BMW dan MINI kendalian Seong Hoe Premium Motors di Melaka telah dibuka semula

Bilik pameran BMW dan MINI kendalian Seong Hoe Premium Motors di Melaka telah dibuka semula

Seong Hoe Premium Motors, pengedar BMW bertauliah paling lama di Melaka iaitu sejak tahun 1979 telah membuka kembali bilik pamerannya selepas menjalani pengubahsuaian. Kini bilik pameran ini bukan sahaja menjual model BMW tetapi juga menampilkan barisan kenderaan MINI.

Dengan bangunan seluas lebih 7,100 kaki persegi, bilik pameran ini mampu menempatkan sehingga 10 unit kenderaan BMW dan tiga unit model MINI di tingkat mezzanine di mana bilik pameran MINI turut ditempatkan.

“Kami terhutang budi dengan sokongan padu para pelanggan setia sepanjang empat dekad ini dengan menawarkan pengalaman pemilikan premium. Sehingga kini, kami telah berjaya menghantar lebih 400 unit kenderaan setiap tahun. Seong Hoe Premium Motors menjangka untuk menghantar lebih 1,000 unit kenderaan BMW dan MINI dalam tempoh tiga tahun akan datang,” kata Loy Suan Chiow, pengurus besar Seong Hoe Premium Motors.

Bilik pameran yang telah diubahsuai dan dipertingkatkan ini turut menempatkan fasiliti dan perkhidmatan premium termasuk BMW Service, BMW Lifestyle, BMW Financial and Insurance Services, Fast Lane Service, Roadside Assistance bersama Pickup and Delivery Service. Selain itu, ia turut menempatkan MINI Service, Lifestyle and Accessories.

Selain memberikan kemudahan WiFi secara percuma, fasiliti yang turut ditampilkan termasuklah
New Car Handover Lounge, Isetta Bar, ruang RATC (reception at the car) dan stesen pengecasan BMW AC dan DC. Pengecas pantas DC 30 kW turut ditampilkan, dengan pengecas AC berkapasiti 22 kW.

Stesen pengecasan ini dibuka untuk kegunaan awam dan pemilik kenderaan elektrik BMW dan MINI yang boleh menempah penggunaan pengecas menerusi aplikasi chargEV. Pengecas DC dikenakan kos penggunaan sebanyak RM0.40 bagi setiap minit untuk pemilik kenderaan BMW dan MINI dan RM0.60 setiap minit untuk kegunaan awam. Untuk pengecas AC pula, kos penggunaannya sebanyak RM2 bagi setiap 10 minit.

Bagi yang berminat dengan kenderaan dari BMW Premium Selection, bolehlah berkunjung ke bilik pameran Seong Hoe Premium Motors yang dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Sabtu, dan 10 pagi hingga 3 petang pada setiap Ahad dan cuti umum. Bilik pameran ini terletak di Lot 2020, Jalan Semabok, Taman Sinn Semabok, 75050, Melaka.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required