Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara pada 17 Dis ini untuk acara Penang 2nd Bridge PDRM 2022

Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara pada 17 Dis ini untuk acara Penang 2nd Bridge PDRM 2022

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain telah mengumumkan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) atau Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup sementara secara berperingkat pada 17 Disember ini bagi memberi laluan penganjuran acara Penang 2nd Bridge PDRM 2022.

Beliau berkata, acara yang akan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak ini membabitkan kayuhan sejauh 73 kilometer menerusi beberapa laluan utama sekitarnya.

“Penutupan dan lencongan beberapa laluan itu akan bermula jam 8 malam (17 Dis) hingga jam 6 pagi keesokan harinya. Laluan itu bermula di bulatan Queen 1 dan 2 diikuti bulatan Persiaran Indah, kesemua susur masuk dan keluar ke jambatan dari kedua-dua arah dan bulatan Batu Maung menghala ke Pusat Bandar.

Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara pada 17 Dis ini untuk acara Penang 2nd Bridge PDRM 2022

“Peringkat ketiga penutupan pada jam 11 malam membabitkan laluan di sekitar Bandar Cassia di Seberang Perai Selatan (SPS), bulatan Bayan Baru di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Jalan Tun Dr Awang dan Jalan Sultan Azlan Shah,” jelasnya.

Tambah beliau, pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif menerusi Jambatan Pulau Pinang, Jalan Balik Pulau, Jalan Kampung Jawa atau Sungai Keluang, Bayan Lepas. Manakala bagi SPS pula, pengguna boleh melalui laluan lebuh raya dari utara ke Bandar Cassia menerusi Tol Bukit Tambun, Lingkaran Cassia Selatan, Cassia Barat 2 dan 3 atau Jalan Batu Kawan.

“Seramai 800 anggota dan pegawai polis akan terbabit dalam penugasan kawalan keselamatan dan lalu lintas sepanjang acara. Sehubungan itu orang ramai dinasihati supaya patuh kepada arahan petugas lalu lintas,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • MOHAMAD ZAMBRI BIN MD FADZIL on Dec 16, 2022 at 4:59 pm

    Disini saya rasa saya key in saiz baju dah betul 3XL ataupun mungkin silap 3XS jadi mengenang nasib yang telah menimpa keatas saya kalau boleh saya ingin membuat pertukaran saiz baju kalau boleh. Saya dah 2 kali masuk event ni kalau nak suruh saya bayar pun ok saya bayar. Disini saya mintak jasa baik penganjur untuk saya membuat pertukaran saiz baju. Sekian terima kasih.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required