Peruntukan berjumlah RM30 juta telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia untuk pembelian kamera badan bagi kegunaan anggota PDRM ketika bertugas, lapor Bernama.
“Saya berharap pembelian ini boleh dipercepatkan, memandangkan alat berkenaan kini adalah satu keperluan. Saya telah mengarahkan setiausaha kementerian untuk membuat susulan terhadap perkara ini,” jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu sidang media ketika kunjungannya ke Bukit Aman.
Pada Mei 2021, PDRM memohon kepada Kementarian Dalam Negeri untuk mempercepatkan proses tender bagi pembelian kamera badan untuk kegunaan anggotanya ketika di lapangan, lapor The Star ketika itu.
Peruntukan dengan jumlah sama RM30 juta itu telah diluluskan oleh pemerintahan sebelum ini di bawah Rancangan Malaysia ke-12 bagi pembelian kamera badan tersebut, menurut laporan pada 2021 itu lagi. Langkah ini adalah bertujuan untuk melindungi anggota polis daripada dituduh dan difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.