Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup selama setahun untuk kerja baik pulih cerun/jalan – KKR

Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup selama setahun untuk kerja baik pulih cerun/jalan – KKR

Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor ditutup serta merta selama setahun untuk kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh di situ yang berlaku pada Jumaat lalu.

Ketua Setiausaha KKR, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, memaklumkan, dalam tempoh penutupan jalan berkenaan, orang ramai diminta menggunakan laluan alternatif yang akan dikeluarkan bilik gerakan Jabatan Kerja Raya (JKR), laporan Berita Harian.

Jelas beliau, pihaknya juga akan membuat kajian dengan lebih mendalam di tapak tragedi berhubung pembinaan cerun selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) berakhir.

“Walaupun jalan itu OK, kita tidak berani buka sehingga cerun baharu dibuat yang akan mengambil tempoh kira-kira setahun,” katanya sambil menambah pembinaan jalan di kawasan itu tidak menyebabkan berlakunya runtuhan, sebaliknya insiden berkenaan disebabkan faktor semula jadi kerana adanya aliran air bawah tanah.

“Ia juga tidak disebabkan pengairan secara haram dari tapak perkhemahan, namun pergerakan air yang kita tidak nampak dari mata kasar,” sambungnya.

Setakat ini, kataya, KKR mengenal pasti 1,045 cerun yang berada di sepanjang jalan Persekutuan di Semenanjung dalam kategori berisiko tinggi untuk runtuh.

“Tiada pembangunan dibenar dibangunkan di kawasan berisiko tinggi itu. Kita sudah ada garis panduan yang diluluskan melalui Mesyuarat Majlis Negara bagi kerajaan tempatan yang perlu diikuti pihak berwajib. Melalui garis panduan itu juga kita meletakkan kriteria iaitu kawasan merah tidak dibenarkan sebarang pembangunan,” katanya.

Dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya pada awal pagi Jumaat lalu, setakat ini mengorbankan 24 daripada keseluruhan 94 mangsa dengan 61 orang selamat dan sembilan masih hilang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required