Semalam tular gambar sebuah Proton Saga berwarna hitam diparkir sesuka hati pada sebatang jalan yang menyebabkan kesesakan jalan raya. Malah pemilik Saga berkenaan turut meletakkan ves keselamatan bertulis “polis” di atas papan pemuka seolah-olah lesen besar untuknya meletakkan kenderaan di situ.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, kejadian berkenaan disyaki berlaku di Persiaran Brash, Ipoh, Perak berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo).
“Kini, pihak polis sedang mengesan individu yang merakam gambar tersebut untuk membantu mengenal pasti pemilik terbabit. Dengan ini, pihak polis ingin menyeru kepada individu yang merakam gambar tersebut pada masa kejadian supaya berhubung dengan DSP Koo Boon Kuat, ketua bahagian siasatab dan penguatkuasaan trafik IPD Ipoh di talian 016-4173222 untuk membantu siasatan lanjut pihak polis,” kata ACP Yahaya Bin Hassan, Ketua Polis Daerah Ipoh dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Yahaya turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kandungan hantaran di media sosial tersebut sehngga menjejaskan siasatan serta reputasi PDRM.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.