Projek EKVE capai kemajuan 91%; dijangka bakal dibuka secara berperingkat tahun 2024 – Menteri KKR

Projek EKVE capai kemajuan 91%;  dijangka bakal dibuka secara berperingkat tahun 2024 – Menteri KKR

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan projek pembinaan Leburaya East Klang Valley Expressway (EKVE) dijangka siap dan bakal dibuka secara berperingkat mulai tahun depan. Katanya, sehingga kini projek pembinaan berkenaan telah mencapai kemajuan 91% dan pernah terhenti seketika pembinaannya akibat isu kenaikan kos pembinaan pada bulan lalu, laporan Berita Harian.

“Syarikat konsesi perlu mendapatkan dana kewangan tambahan bagi menanggung peningkatan kos yang terbabit dan ia telah pun diselesaikan dengan pihak bank. Kerja-kerja pembinaan lebuhraya kemudian bersambung semula pada pertengahan Februari 2023 selepas isu-isu kontraktual diselesaikan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Kenyataan tersebut adalah bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang ingin mengetahui status pembinaan serta tarikh jangka siap dan pembukaan bagi lebuh raya EKVE.

Projek EKVE capai kemajuan 91%;  dijangka bakal dibuka secara berperingkat tahun 2024 – Menteri KKR

Klik untuk besarkan

EKVE merupakan lebuhraya baharu di Lembah Klang yang sedang dalam pembinaan. Ia memiliki jajaran laluan sepanjang 39.5 km yang menghubungkan Ukay Perdana di Ampang dengan Bandar Sungai Long di Kajang. Lebuhraya ini juga adalah sebahagian daripada Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) .

Fasa pertama projek ini yang meliputi laluan sepanjang 24.1 km dan bermula dari Lebuhraya MRR2 di Ukay Perdana melalui Ampang, Hulu Langat, Bandar Mahkota Cheras dan berakhir di Lebuhraya SILK, Kajang (selatan).

Projek pembinaan EKVE dikendalikan oleh EKVE Sdn Bhd dan mula dibina sejak 1 September 2015. Ia menelan belanja sebanyak RM1.55 bilion. Apabila siap kelak dan mula beroperasi, ia dijangka mampu dimanfaatkan oleh lebih 140,000 pengguna jalan raya setiap hari.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required