Pemilik Saga halang lalu lintas di Ipoh dikesan; milik peg. rendah polis, dipandu ahli keluarga tanpa lesen

Pemilik Saga halang lalu lintas di Ipoh dikesan; milik peg. rendah polis, dipandu ahli keluarga tanpa lesen

Polis Diraja Malaysia mengeluarkan satu kenyataan menyatakan bahawa pemilik Proton Saga dengan vest polis diletakkan pada papan pemuka, kemudian diparkir sesuka hati di Ipoh sehingga menghalang lalu lintas hujung minggu lalu sudahpun dikesan.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Bin Hassan dalam kenyataan yang dikeluarkan, siasatan pihaknya mendapati kejadian tesebut berlaku pada 4 Mac 2023, lebih kuang pukul 6.29 petang di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo).

Dengan maklumat dari orang ramai, pemilik Proton Saga berwarna hitam berkenaan dapat dikenalpasti dan merupakan seorang pegawai rendah polis yang bertugas di Batu Gajah, Perak, dan vest yang diletakkan pada papan pemuka berkenaan memang miliknya.

Walau bagaimanapun ketika kejadian itu berlaku kereta tersebut bukan dipandu oleh pemiliknya, sebaliknya ia dipandu oleh ahli keluarga pegawai berkenaan. Malah pemandu Saga ketika kejadian itu juga didapati memandu tanpa memiliki lesen memandu.

Oleh itu tiga saman telah dikeluarkan berhubung insiden ini; dua untuk pemandu iaitu di bawah kaedah 16(1), kaedah-kaedah lalu lintas jalan 1959 [LN 166/59] atas kesalahan halangan lalu lintas dan di bawah seksyen 26 (1), akta pengangkutan jalan 1987 kerana memandu tanpa lesen; manakala pemilik pula dikenakan sama di bawah seksyen 26 (1) akta pengangkutan jalan 1987 kerana membenarkan seseorang memandu tanpa lesen.

Yahaya turut menyatakan bahawa kes ini turut telah dimaklumkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk siasatan dari sudut tatatertib kepada pemilik Saga berkenaan, dan siasatan masih diteruskan.

Beliau turut menegaskan bahawa PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan kesalahan lalu lintas, dan berterima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat bagi membolehkan kes ini diselesaikan dengan cepat.

Dalam masa yang sama Yahaya menyatakan bahawa pihak polis ingin memberi nasihat kepada orang ramai khususnya warganet supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu atau memberi komen tidak bertanggungjawab berkenaan berita-berita yang tular di internet sebelum memperolehi pengesahan dari pihak berkuasa bagi mengelakkan berlaku unsur fitnah serta mendatangkan kegusaran di kalangan masyarakat.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required