Perodua jual 24,936 unit kenderaan pada Februari 2023

Perodua jual 24,936 unit kenderaan pada Februari 2023

Perodua mengumumkan pada bulan Februari, syarikat berjaya menjual 24,936 buah kenderaan, seterusnya membawa jumlah keseluruhan jualan pada tahun ini menjadi 46,385 unit – 33% lebih tinggi berbanding tahun lepas. Jualan Perodua juga adalah terhad mengikut pengeluaran, di mana bahagian itu juga telah meningkat sehingga 32.95%, menjadi 51,134 unit bagi tahun ini.

Jumlah jualan yang dicatat ini menurut Perodua antaranya dibantu oleh kecekapan pengeluaran yang diperbaiki, perkhidmatan pembiayaan yang lebih baik bagi pengedar serta komunikasi yang baik di dalam ekosistem serta dengan pelanggan Perodua.

“Meskipun masih terdapat cabaran antaranya dengan bekalan cip semikonduktor dan peningkatan kos, kami berjaya mendapatkan peningkatan dua angka dalam pengeluaran dan jualan, untuk ini kami berterima kasih kepada semua rakan kongsi untuk dedikasi mereka,” kata presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad.

Perodua jual 24,936 unit kenderaan pada Februari 2023

Zainal juga menambah bahawa permintaan untuk kenderaan Perodua terus bertambah baik dan kilang di Rawang kini sedang meningkatkan produksi untuk memenuhi permintaan tersebut.

“Hasilnya, purata waktu menunggu sehingga 28 Februari kini adalah antara dua setengah bulan hingga lapan bulan. Sudah tentu, tempoh masa ini bergantung kepada model, varian dan warna. Dengan itu, kami memohon maaf kepada pelanggan dan berterima kasih atas kesabaran mereka. Kami akan cuba memperbaiki pengeluaran dan pendaftaran pada bulan akan datang,” kata beliau.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required