Pusat 3S Mitsubishi baharu telah pun dibuka di Kemaman, Terengganu dan ia dikendalikan oleh Okuan Motors. Cawangan baharu ini turut mengetengahkan identiti yang selari dengan tema global jenama ini iaitu ‘Drive Your Ambition’.
Dengan bangunan seluas 5,000 kaki peersegi, pusat 3S Kemaman menawarkan keselesaan yang jitu buat para pelanggan dengan menyediakan ruang menunggu dengan kemudahan WiFi dan sudut permainan kanak-kanak. Pusat 3S ini juga dilengkapi dengan tiga petak penyelenggaraan.
“Okuan Motors telah bersama keluarga Mitsubishi Motors sejak 2015 dengan membuka pusat 3S di Kuantan. Kini, Okuan Motors mengembangkan lagi sayap perniagaannya demi kemudahan para pelanggan dengan membuka satu lagi cawangan 3S di Terengganu yang menawarkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan,” kata Shinya Ikeda, CEO Mitsubishi Motors Malaysia (MMM).
Tambah beliau, “Pembukaan cawangan ke-enam MMM di bahagian Timur ini adalah untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami kerana kami melihat potensi besar untuk pertumbuhan perniagaan, terutamanya untuk trak pikap Triton dan Xpander tujuh-tempat duduk. Okuan Motors juga merupakan salah satu pengedar yang memiliki prestasi tertinggi di Pahang dan kami optimistik untuk terus bekerja keras bagi mengekalkan momentum jualan.”
Pusat 3S baharu ini terletak di F-56-57-58-G, Jalan Raja Udang 2, Kemaman, Terengganu. Ia dibuka dari Sabtu hingga Rabu dari jam 8.45 pagi hingga 5.15 petang dan Khamis dari jam 8.45 pagi hingga 5 petang.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.