Tesla mahu melabur di sini kerana Malaysia pengeluar ke-7 terbesar dunia dalam sektor elektrik & elektronik

Tesla mahu melabur di sini kerana Malaysia pengeluar  ke-7 terbesar dunia dalam sektor elektrik & elektronik

Awal bulan ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sudah pun mengesahkan bahawa jenama EV ikonik dari Amerika Syarikat, Tesla akan beroperasi secara rasmi di Malaysia.

Menurut Zafrul dalam laporan Bernama, Tesla bersetuju untuk bertapak di sini didorong oleh faktor Malaysia yang mempunyai ekosistem kukuh dalam menyokong pembuatan kenderaan elektrik (EV) kerana kita merupakan pengeluar ketujuh terbesar dunia dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) selain semikonduktor yang merupakan komponen penting dalam mana-mana pembuatan EV.

“Bila bercakap mengenai pembuatan EV, syarikat seperti Tesla akan melabur di sini kerana kita memiliki ekosistem dalam E&E. Faktor paling menarik mengenai Malaysia adalah, apabila anda melihat ekosistem untuk E&E, ia boleh menyokong industri EV,” kata Zafrul pada sidang media selepasn majlis pelancaran Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2024 di Johor Port Bhd Isnin lalu

Tesla mahu melabur di sini kerana Malaysia pengeluar  ke-7 terbesar dunia dalam sektor elektrik & elektronik

“Contohnya Tesla mengatakan bahawa sebahagian yang agak besar daripada rantaian bekalan mereka adalah dari Malaysia, jadi mengapa tidak mereka berpindah ke sini,” tambahnya lagi.

Sebelum ini Tengku Zafrul dilaporkan berkata bahawa Tesla akan membuka pejabatnya di sini bersama dengan pusat jualan dan pusat servis serta mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia.

Menurutnya lagi kemasukan Tesla ke Malaysia telah dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif ‘BEV Global Leaders’ bagi tujuan membantu meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tempatan dan menggalakkan pembangunan keseluruhan ekosistem untuk menyokong penggunaan BEV.

Di samping itu, inisiatif ini bertujuan untuk mendapatkan pelaburan daripada syarikat pengeluar BEV global terkemuka di Malaysia. Tesla merupakan pemohon pertama inisiatif yang ditawarkan oleh MITI.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required