PHS Automotive Malaysia (PHSAM) selaku pengedar rasmi Audi di negara ini telah memperkenalkan kempen selepas jualan #AudiOnTheMove sempena dengan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba ini. Kempen ini menawarkan manfaat dari dua program iaitu pakej Audi Repair untuk kenderaan yang berusia enam tahun dan ke atas dan Audi Plus bagi kenderaan berusia lima tahun dan ke atas.
Pakej Audi Repair kini menawarkan diskaun sebanyak 30% bagi beberapa barangan termasuk set brek, set penyerap hentak, set bearing dan tali sawat (timing belt). Sementara itu, Audi Plus pula menawarkan potongan sebanyak 10% untuk tiga pakej penyelenggaran seterusnya. Tawaran ini untuk tempoh tiga tahun selepas mendaftar. Selain itu, pelanggan juga bakal menerima sokongan Bantuan Tepi Jalan Audi sehingga 12 bulan bermula tarikh penebusan baucar.
Bukan itu sahaja, bermula kini hingga 30 Jum, pemilik Audi yang berbelanja RM800 bagi mana-mana pakej di atas juga berpeluang memenangi cenderahati eksklusif Audi.
Sempena dengan musim perayaan, PHSAM juga menawarkan pemeriksaan kenderaan secara percuma, dan jika memerlukan sebarang kerja-kerja pembaikian, hanya alat ganti tulen sahaja yang akan digunakan oleh pengedar rasmi. Kempen ini juga melibatkan kenderaan Audi yang dibeli dari grey importer, namun kenderaan harus menjalani pemeriksaan terlebih dahulu menerusi Audi Condition Check untuk memastikan kebolehkhidmatnya.
“Menerusi kempen #AudiOnTheMove, kami berharap dapat menggalakkan pemilik dengan kenderaan yang berumur lima tahun ke atas untuk mengutamakan penyelenggaraan kenderaan mereka. Kami memahami bahawa penyelenggaraan kereta anda memerlukan kos yang tinggi dan memakan masa, jadi kami ingin memudahkan pelanggan kami, terutamanya semasa sambutan perayaan yang akan datang,” kata Erik Winter, Pengarah Urusan PHSAM.
Sementara itu, Audi A3 Sedan dan Q2 kini turut didatangkan dengan Audi Assurance Package (AAP) secara standard. AAP menawarkan pembeli dengan pilihan penyelenggaraan selama tiga tahun, merangkumi servis yang dijalankan sepanjang penyelenggaraan berkala mengikut garis panduan pengeluar. Sementara jaminan pengilang pula dilanjutkan dari dua kepada lima tahun.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.