BMW R1250 R dan R1250 RS 2023 tiba di Malaysia – enjin boxer 1,254 cc 136 hp, harga dari RM114,500

BMW R1250 R dan R1250 RS 2023 tiba di Malaysia – enjin boxer 1,254 cc 136 hp, harga dari RM114,500

Dua roadster terbaru daripada BMW Motorrad kini sudah tiba di Malaysia, iaitu R1250 R dan R1250 RS, dengan harga jualan yang ditetapkan pada masing-masing RM114,500 dan RM118,500. Harga ini tidak termasuk insurans dan diberikan bersama jaminan serta bantuan tepi jalan selama tiga tahun.

Selain panel badan yang berbeza, dengan R1250 RS menggunakan fairing penuh manakala R1250 R menggunakan rekaan naked, asas dua motosikal ini adalah sama, dengan dikuasakan oleh enjin boxer dua silinder penyejukan cecair/udara 1,254 cc ShiftCam yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 136 hp pada 7,750 rpm dan tork 143 Nm pada 6,250 rpm. Transmisi mempunyai enam kelajuan.

Dalam keadaan standard, dua motosikal ini datang dengan pelbagai sistem elektronik, termasuk Riding Modes Pro, Dynamic Traction Control, Dynamic Brake Control, Dynamic Engine Braking Control serta Integral ABS Pro. Untuk paparan informasi, ia menggunakan skrin TFT berwarna penuh yang disediakan dengan beberapa mod.

Tidak cukup dengan itu, BMW Motorrad Malaysia juga telah memilih untuk memberikan terus pakej Comfort, Touring dan Dynamic pada dua motosikal ini secara standard, sekaligus melengkapkan ia dengan barangan seperti Keyless Ride, pemanas tangan, cruise control, tongkat tengah, tapak beg barangan tepi, Dynamic ESA serta Shift Assistant Pro (quickshifter).

Dua varian disediakan bagi kedua-dua model ini, iaitu Sport dan Triple Black. Untuk R1250 R Sport, ia ditawarkan dalam warna Racing Blue, sementara R1250 R Triple Black datang dalam warna Blackstorm. Bagi R1250 RS pula, varian Sport disediakan dalam warna Light White, Racing Blue dan Racing Red manakala varian Triple Black datang dalam warna Blackstorm.

GALERI: BMW R1250 R


GALERI: BMW R1250 RS

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required