BMW 7 Series G70 2023 di Malaysia — 750e xDrive PHEV CKD; 489 PS, 87 km jarak EV; dari RM650k

BMW 7 Series G70 2023 di Malaysia — 750e xDrive PHEV CKD; 489 PS, 87 km jarak EV; dari RM650k

BMW Malaysia telah memperkenalkan secara rasmi model generasi ketujuh 7 Series G70 yang ditawarkan secara CKD dalam dua varian, iaitu 750e xDrive M Sport dan 750e xDrive Pure Excellence. Tiada lagi tanda nama L digunakan. Ini kerana, model G70 ini tidak lagi ditawarkan dalam versi jarak antara roda yang lebih pendek. Apa yang sebelum ini dikenali sebagai 750Le kini hanya digelar 750e.

Kedua-dua varian 750e ini menampilkan sistem janaan plug-in hybrid yang sama, dengan memanfaatkan enjin 3.0 liter turbocas enam-silinder sebaris petrol, yang menghasilkan 313 PS (308 hp atau 230 kW) dan 450 Nm tork. Ia diganding bersama motor elektrik dengan kuasa 197 PS (194 hp atau 145 kW) dan 280 Nm, yang disepadukan ke dalam transmisi automatik Steptronic lapan-kelajuan, yang disertai juga dengan sistem pacuan semua roda BMW xDrive.

Dengan ouput keseluruhan sistem sebanyak 489 PS (483 hp atau 360 kW) dan 700 Nm, kedua-dua varian ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.9 saat dengan kelajuan maksimum 250 km/j. Dengan kuasa elektrik sepenuhnya, laju maksimum dihadkan kepada 140 km/j dengan jarak perjalanan 87 km.

BMW 7 Series G70 2023 di Malaysia — 750e xDrive PHEV CKD; 489 PS, 87 km jarak EV; dari RM650k

Antara penambahbaikan utama yang dilakukan berbanding model G12 740Le xDrive sebelumnya adalah pek bateri lithium-ion baru yang terletak di bahagian bawah lantai, kini dengan kapasiti tenaga boleh guna sebanyak 18.7 kWh (22.1 kWh kasar). Input pengecasan AC maksimum pula digandakan kepada 7.4 kW, dengan satu cas penuh mengambil masa kurang tiga jam.

Bagi kelengkapan, kedua-dua varian ini datang dengan bingkai “kidney grille” dengan lampu Iconic Glow dan lampu utama kristal, lampu belakang bentuk L, pintu automatik, BMW Interaction Bar pencahayaan belakang, sistem bunyi Bowers & Wilkins, bumbung gelas panoramik Sky Lounge, penggunaan gelas kristal Crafted Clarity, kawalan pendingin empat zon, head-up display dan Parking Assistant Plus.

Sistem BMW Live Cockpit Professional juga ada, dengan BMW Curved Display yang menampilkan kluster instrumen digital 12.3-inci dan skrin sentuh infotainmen di tengah 14.9-inci, yang dikuasakan oleh BMW Operating System 8.

BMW 7 Series G70 2023 di Malaysia — 750e xDrive PHEV CKD; 489 PS, 87 km jarak EV; dari RM650k

Khusus untuk varian Pure Excellence termasuklah rim 19-inci Style 903, kemasan dalaman kayu oak berkilat dengan perincian kelabu metalik serta Driving Assistant Professional.

Versi M Sport pula menerima lebih banyak tambahan seperti apron depan dan belakang yang lebih sporty, rim 20-inci M aerodinamik Style 907, kemasan M Shadowline hitam berkilat, lapik sisi pintu M hitam berkilat, kemasan kayu berkilat khas M, serta pakej Driving Assistant Plus.

Varian yang lebih mahal pula datang dengan tambahan BMW Theatre Screen — paparan lebar 31.3-inci untuk penumpang belakang yang boleh menerima input HDMI (boleh disambungkan kepada PlayStation 5) dan boleh dikawal menggunakan panel skrin sentuh. Penumpang belakang juga boleh menikmati ciri Executive Lounge Seating yang membolehkan sudut penyandar dan kerusi dilaras berasingan, serta ada juga sokongan lumbar dan fungsi memori.

BMW 7 Series G70 2023 di Malaysia — 750e xDrive PHEV CKD; 489 PS, 87 km jarak EV; dari RM650k

Pilihan warna luaran pula terdiri daripada Oxide Grey Metallic, Black Sapphire Metallic dan Mineral White Metallic. Setiap varian juga ada warna khusus masing-masing, dengan Brooklyn Grey Metallic untuk M Sport, manakala Sophisto Grey Metallic untuk Pure Excellence. Kulit Merino adalah standard, dengan pilihan warna hitam atau Tarfuto.

Harga bagi 7 Series G70 terbaru ini adalah seperti berikut:

BMW 750e xDrive Pure Excellence – RM649,800 atas jalan tidak termasuk insuran
BMW 750e xDrive M Sport – RM700,000 atas jalan tidak termasuk insuran

Menurut BMW Malaysia, varian yang lebih murah berkenaan hanya terhad kepada 48 unit sahaja. Harga ini sudah termasuk dengan lanjutan jaminan lima-tahun dan pakej servis. Setiap pembelian datang dengan bantuan tepi jalan, BMW Service Online dan Group Loyalty+ Mobile App – Kad Keistimewaan BMW.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required