Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dan pengedar bertauliah MM Supreme telah membuka pusat 4S Mitsubishi Motors yang baharu dinaiktaraf di Johor Bahru. Dengan imej yang lebih menyerlah, pusat 4S ini membawakan identiti jenama terkini senonim dengan mesej jenama globalnya iaitu ‘Drive Your Ambition’.
Pusat 4S kendalian MM Supreme di JB ini dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Terletak di Jalan Angkasa Mas 2, Kawasan Perindustrian Tebrau 2, bilik pameran seluas 15,000 kaki persegi ini mampu menempatkan sehingga empat unit kenderaan, turut dilengkapi ruang menunggu untuk pelanggan berehat dengan kemudahan Wifi dan sudut permainan kanak-kanak. Manakala pusat penyelenggaran pula dilengkapi dengan enam petak penyelenggara serta kemudahan mengecat dan mengetuk badan kenderaan.
“Mitsubishi Motors dan MM Supreme telah menjadi rakan perniagaan sejak 2009. Dalam tempoh 14 tahun ini, MM Supreme telah mempunyai tiga bilik pameran Mitsubishi di Johor, dengan yang pertama terletak di Batu Pahat pada 2009, diikuti dengan di Muar pada 2011 dan yang baru dinaiktaraf di JB ini. Ini menunjukkan keyakinan MM Supreme terhadap jenama kami dan komitmen dalam memperkukuhkan kehadiran Mitsubishi di Malaysia,” kata Shinya Ikeda, CEO bagi MMM.
Tambahnya, “Pelancaran bilik pameran ini adalah untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami dengan lebih baik kerana kami melihat potensi besar untuk pertumbuhan perniagaan, terutamanya untuk trak pikap Triton dan Xpander tujuh-tempat duduk. Kumpulan MM Supreme merupakan penyumbang jualan tertinggi di Johor. Kami optimis bahawa kami akan terus bekerjasama untuk mengekalkan momentum jualan, dan kami bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik buatpelanggan dari Johor.”
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.