SUV kompak baru Mitsubishi akan didedah 10 Ogos ini – jarak dari tanah 222 mm, sistem bunyi Yamaha

SUV kompak baru Mitsubishi akan didedah 10 Ogos ini – jarak dari tanah 222 mm, sistem bunyi Yamaha

Mitsubishi mengumumkan SUV kompak serba baru mereka akan didedahkan buat kali pertama di acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 10 Ogos ini. Nama model ini masih belum diberitahu tetapi gambarannya ditunjuk awal melalui XFC Concept yang didedahkan Oktober lalu dan tempahan untuknya sudah dibuka.

Gambar terbaru model ini yang disiarkan oleh Mitsubishi menampakkan beberapa perincian termasuk logo Mitsubishi yang terletak di atas gril versi produksi di bahagian hadapan. Kemudiannya, lampu belakang mempunyai pencahayaan seperti lampu hadapan, dengan bentuk L dan garisan putus-putus ke bawah.

Menurut Mitsubishi, SUV lima tempat duduk baru ini dibangunkan untuk ASEAN, iaitu satu pasaran yang sangat penting. Mengikuti konsep “rakan secocok untuk hidup yang mengujakan,” model ini dikatakan mengambil kira bagaimana SUV digunakan di benua ini dan akan datang dengan jarak kelegaan dari tanah terbaik, iaitu 222 mm demi berhadapan dengan jalan lasak.

Ia juga akan menyediakan empat mod pemanduan (Normal, Wet, Gravel and Mud), dengan Mitsubishi bersemangat mengatakan bahawa mod Wet “mampu mengurangkan kemungkinan hilang kawalan stereng dan membenarkan pemanduan tanpa risau termasuk atas jalan yang dilimpahi air akibat hujan tiba-tiba.”

Ia kemudiannya mendapat sokongan sistem Active Yaw Control (AYC) yang boleh mengawal penyampaian kuasa kepada roda kiri dan kanan, serta campur tangan kawalan cengkaman, kuasa enjin dan kuasa stereng.

Satu lagi teknologi yang dibanggakan oleh Mitsubishi pada SUV baru ini adalah sistem bunyi Dynamic Sound Yamaha Premium. Ini adalah kali pertama Mitsubishi berkolaborasi dengan pengeluar instrumen muzik dan audio tersebut. “Sistem ini bukan sahaja boleh melaras tahap bunyi mengikut kelajuan, tetapi juga kualiti bunyi yang dihasilkan, sekaligus memberikan nada yang lebih jelas termasuk waktu memandu di jalan kasar,” kata Mitsubishi dalam siaran akhbar yang dikeluarkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required