Proton bekerjasama dengan laman-laman bidaan kereta terpakai untuk mudahkan tukar beli kereta baru

Proton bekerjasama dengan laman-laman bidaan kereta terpakai untuk mudahkan tukar beli kereta baru

Bagi memudahkan pelanggan-pelanggannya memiliki kereta baharu dengan proses tukar beli kereta lama, Proton kini mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan tiga laman bidaan kereta terpakai atas talian (E-Bidding Company/EBC) iaitu myTukar, MUV dan Carsome.

Menurut Proton, langkah yang diambil ini merupakan inisiatif yang penting bagi memudahkan pelanggan membuat proses tukar beli kereta lama dengan kereta baharu menerusi cara yang pantas dan cekap, memandangkan jumlah jualan kereta-kereta baharunya yang kini meningkat dan pelanggan perlu menjual kereta lama mereka dengan pantas.

“Kami sangat teruja untuk bergabung tenaga dengan myTukar, MUV dan Carsome kerana kami percaya ini mengubah pengalaman tukar beli untuk pelanggan kami. Dengan memanfaatkan kepakaran mereka dalam platform e-dagang dan bidaan, EBC menawarkan pelanggan kami penyelesaian yang lancar dan boleh dipercayai untuk menjual kereta mereka, sambil turut menerima nilai tukar beli yang kompetitif,” kata naib CEO Proton Roslan Abdullah.

Proton menjangkakan kerjasama ini akan memberikan pelanggan pelbagai faedah, termasuk kemudahan yang dipertingkatkan, kebolehpercayaan, nilai tukar beli yang kompetitif, ketelusan dalam penetapan harga, pembayaran yang selamat dan pemindahan pemilikan, lelongan harian, penjualan yang lebih pantas dan pemeriksaan menyeluruh.

“Sejak lima tahun lepas, Proton telah menambah rangkaian model yang ditawarkan dan mengemas kini barisan semasa kami, sambil meningkatkan kualiti produk dan memperkenalkan teknologi ketersambungan dalam model kami. Keyakinan pengguna telah meningkat disebabkan usaha ini serta penambahbaikan yang dibuat di peringkat pengedar. Kerjasama dengan EBC akan membantu meningkatkan usaha ini serta nilai model kami sambil membantu memudahkan pelanggan yang berhasrat untuk menaik taraf kenderaan mereka,” tambah Roslan.

Proton bekerjasama dengan laman-laman bidaan kereta terpakai untuk mudahkan tukar beli kereta baru

Menerusi kerjasama ini membolehkan pelanggan menghantar kenderaan mereka terus untuk dilelong melalui tiga platform dalam talian tersebut. Ini akan memudahkan pelanggan kerana mereka tidak perlu lagi berknjung ke pelbagai pengedar atau berunding dengan bakal pembeli, seterusnya menjimatkan masa.

Proton menyatakan bahawa melalui sistem lelongan yang adil dan terbuka, pelanggan akan dapat menerima nilai tukar beli yang kompetitif untuk kenderaan mereka. Model penetapan harga yang telus memastikan pelanggan boleh membuat keputusan termaklum semasa proses tukar beli manakala proses pembayaran dan pemindahan pemilikan dipercepatkan untuk mengurangkan potensi kelewatan atau komplikasi, memberikan pelanggan pengalaman yang lancar, dakwa Proton lagi.

“Proton ialah OEM pertama yang membentuk perjanjian strategik dengan EBC dan kami fikir ini akan membantu membuka jalan kepada transaksi tukar beli yang lebih pantas dan lebih telus untuk pelanggan dan seterusnya membantu memacu jualan kereta baharu. Selain itu, dengan menggunakan platform terbuka, nilai jualan semula untuk model kami boleh dipertingkatkan, dan ini membantu membina keyakinan pengguna dan memberi gambaran pemilikan yang lebih jelas kepada pembeli,” kata Roslan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required