Kerajaan sedang kenal pasti sistem pengenalan diri khas untuk agihan subsidi minyak bersasar

Kerajaan sedang kenal pasti sistem pengenalan diri khas untuk agihan subsidi minyak bersasar

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan pihaknya sedang berbincang berkaitan penggunaan sistem pengenalan khas sebagai kaedah subsidi bersasar bagi diesel dan petrol RON 95, lapor NST.

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Senator Fuziah Salleh, ini adalah selari dengan pengenalan yang telah dirancangkan untuk Pangkalan Data Utama (PADU), yang dijangka akan siap hujung tahun ini.

Beliau memaklumkan, sebelum ini, kementerian menggunakan pangkalan data yang berbeza, tetapi PADU akan menyelaraskan semuanya. Sebagai contoh, bagi kes subsidi minyak bersasar, datanya datang dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Selepas mendapatkan data daripada dua agensi ini, barulah kita boleh mengenal pasti siapa yang layak untuk subsidi. Untuk mengumbul semua data ini, PADU akan mempunyai kuasa utama, yang akan bertindak selaku jabatan statistik untuk mengemaskini dan menyelaraskan maklumat berkenaan,” ujarnya.

Kerajaan sedang kenal pasti sistem pengenalan diri khas untuk agihan subsidi minyak bersasar

Mei lalu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata kerajaan akan mula mengumpul metriks pendapatan boleh dibelanjakan isi rumah, menggunakan kaedah penstrukturan untuk memastikan yang subsidi bersasar boleh diagihkan dengan lebih tepat. Metrik ini akan disepadukan dengan PADU, yang akan menggabungkan maklumat sosio-ekonomi untuk setiap isi rumah di negara ini.

Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerana sedang dalam usaha mengenal pasti kaedah bagi tujuan subsidi bersasar, itu bagaimanapun memerlukan sedikit masa sebelum boleh diumumkan. Ini adalah kerana kerumitan yang terlibat dalam menentukan parameter yang betul bagi memastikan subsidi diberikan kepada pihak yang layak.

Ada laporan sebelum ini yang menyatakan kerajaan akan memulakan subsidi minyak bersasar dengan bahan api diesel dahulu bermula tahun depan dan akan meninjau keberkesanannya, bersekali dengan subsidi bersasar untuk elektrik, sebelum mengumumkan sebarang keputusan untuk subsidi bersasar bagi RON 95.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required