Hyundai Santa Fe 2024 didedahkan – SUV 3-barisan tempat duduk generasi ke-5 diperkenalkan Ogos ini

Hyundai Santa Fe 2024 didedahkan – SUV 3-barisan tempat duduk generasi ke-5 diperkenalkan Ogos ini

Jika sekadar tengok gayanya sahaja, pasti ada yang tidak menyangka ia adalah Hyundai Santa Fe. Perubahan rekaan yang radikal sangat membezakan antara imej generasi ke-empat dengan yang terkini dari generasi kelima ini.

“Untuk perubahan model penuh pertama Santa Fe sejak 2018, Hyundai Motor mengambil pendekatan tidak lagi konvensional dengan tipologi reka bentuk berasaskan gaya hidup bagi memaksimumkan kapasiti kargo belakang dan menampung aktiviti luar dan urban dengan lebih baik,” kata syarikat itu dalam kenyataan rasminya.

Paling ketara sudah pasti rekaan luarannya yang memang menyerkah. Jika model Santa Fe yang terdahulu hadir dengan beberapa garisan melengkung, untuk generasi kelima serba baharu ini pula hadir dengan rekaan yang lebih berkotak dan bersegi.

Menurut Hyundai, kerangka baharu ini adalah hasil daripada penambahan jarak roda dan bahagian belakang yang lebih lebar. Walau pun belum mendedahkan dimensi sebenarnya, namun dibandingkan dengan model yang masih ada di pasaran dengan jarak roda 2,765 mm dan keseluruhan panjangnya mencecah 4,770 mm.

Hyundai Santa Fe 2024 didedahkan – SUV 3-barisan tempat duduk generasi ke-5 diperkenalkan Ogos ini

Penggayaannya pula diserlah dengan gerbang roda yang memang outstanding, dengan cermin hadapan dan bumbung yang lebih landai serta bahagian tailgate yang lebih tegak. Walau pun mungkin ada yang beranggapan, gaya Sante Fe baharu ini nampak sedikit kuno, tapi ada sisi lain yang menampakkan ia agak futuristik.

Ini termasuklah dengan penampilan lampu nyalaan siang yang disepadukan dengan lampu utama dengan paten ‘H’, dihadirkan dengan palang pencahayaan yang merentasi gril utama. Di dalam gril dan corong pengambilan di bawah ditampilkan dengan motif segi tiga dengan kemasan kombinasi warna badan dan hitam.

Untuk bahagian belakang pula, tailgate Santa Fe serba baharu ini dah macam van, tetapi diserikan dengan pencahayaan ‘H’ seperti mana wajah hadapannya. Selain itu, kemasan hitam pula dilihat menampakkan imejnya yang lebih garang, yang hadir bersama kemasan untuk reflektor, lampu undur dan paip ekzos tunggal.

Lencana di bahagian tailgate menunjukkan bahawa Santa Fe ini akan dijanakan enjin 2.5 liter pengecas turbo empat-silinder dan sistem pacuan semua-roda HTRAC. Walau bagaimana pun tidak dipastikan adakan unit Smartstream G2.5 T-GDI seperti model terdahulu yang dipadankan dengan transmisi dwi-klac lapan-kelajuan turut akan ditawarkan. Penjana kuasa tersebut mampu memberikan kuasa hingga 281 PS (277 hp atau 207 kW) dan tork 422 Nm.

Bagi bahagian kabinnya pula, ia diberikan papan pemuka yang lebih tegak dengan rekaan yang minimalistik. Ruang tengah pula ditempatkan Panoramic Curved Display yang menghubungkan kluster instrumen digital 12.3-inci dan skrin sesentuh infotainmen. Sementara itu, panel bersudut juga diletakkan di bawah corong udara tengah (dengan motif ‘H) untuk fungsi pemain media, sistem suhu dan info berkaitan pemanduan.

Hyundai juga menonjolkan banyak ciri praktikal bagi kabin Santa Fe, termasuk pengecas telefon tanpa wayar berkembar di belakang panel yang mengandungi port pengecasan, pemegang cawan pada konsol tengah dan ruang penyimpanan di bawah konsol tersebut.

Hyundai Santa Fe 2024 didedahkan – SUV 3-barisan tempat duduk generasi ke-5 diperkenalkan Ogos ini

Sebagai SUV tiga-barisan tempat duduk, Santa Fe baharu ini juga diberikan ruang yang lebih luas, sesuai dengan gaya hidup masa kini. Jika tailgate dibuka, dengan barisan kedua dan ketiga yang dibaringkan sepenuhnya, anda boleh ‘menjadikannya’ sebagai ‘tempat camping’.

Ciri kelengkapan lain yang turut diberikan untuk kabinnya termasuklah tempat duduk upholstery balutan kulit Nappa dan kemasan paten kayuan, manakala headliner, alas kereta dan penyandar tempat duduk barisan kedua dan ketiga pula diperbuat daripada plastik kitar semula. Sementara pelindung kemasan pintu dan crash pad pula menggunakan material kulit mesra-alam.

Hyundai berkata Santa Fe serba baharu ini akan diperkenalkan sepenuhnya pada Ogos ini, dan akan turut mengumumkan harganya sekali. Adakah imej baharu yang diperagakan oleh SUV ini menarik minat anda? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required