Mulai Ogos 2023, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menukar nama laluan bagi perkhidmatan bas GOKL, daripada menggunakan warna kepada model nombor. Di mana pertukaran tersebut melibatkan 14 laluan bagi memudahkan penumpang mengingati nama laluan berbanding penggunaan warna yang dilihat rumit dan mengelirukan.
“Nama warna akan dikekalkan di hujung nama laluan bagi tempoh masa sementara untuk mengelakkan kekeliruan kepada orang ramai,”kata DBKL dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Pertukaran nama laluan berkenaan adalah seperti berikut:
- Laluan Hijau (KLCC – Bukit Bintang) ditukar kepada GOKL 01 KLCC – Bukit Bintang (HIJAU)
- Laluan Ungu (Hab Pasar Seni – Bukit Bintang) ditukar kepada GOKL 02 Hab Pasar Seni – Bukit Bintang (UNGU)
- Laluan Merah (Hab Titiwangsa – KL Sentral) ditukar kepada GOKL 03 Hab Titiwangsa – KL Sentral (MERAH)
- Laluan Biru (Hab Titiwangsa – Bukit Bintang) ditukar kepada GOKL 04 Hab Titiwangsa – Bukit Bintang (BIRU)
- Laluan Jingga (Hab Titiwangsa – MINDEF) ditukar kepada GOKL 05 Hab Titiwangsa – MINDEF (OREN)
- Laluan Merah Jambu (PPR Pantai Ria – LRT Universiti) ditukar kepada GOKL 06 PPR Pantai Ria – LRT Universiti (MERAH JAMBU)
- Laluan Biru Firus (LRT Dato’ Keramat – Kelumpuk Bambu (Setiawangsa) ditukar kepada GOKL 07 LRT Dato’ Keramat – Kelumpuk Bambu (Setiawangsa) (BIRU FIRUS)
- Laluan Merah Manggis (MRT Kampung Batu – Chow Kit) ditukar kepada GOKL 08 KTM / MRT Kampung Batu – Chow Kit (MERAH MANGGIS)
- Laluan Coklat LRT Sri Rampai – Sek 10 Wangsa Maju) ditukar kepada GOKL 09 LRT Sri Rampai – Sek 10 Wangsa Maju (COKLAT)
- Laluan Hijau Serindit (Terminal Maluri – Bandar Sri Permaisuri) ditukar kepada GOKL 10 Terminal Maluri – Bandar Sri Permaisuri (HIJAU SERINDIT)
- Laluan Kelabu (MRT Maluri – Bandar Tun Razak) ditukar kepada GOKL 11 MRT Maluri – Bandar Tun Razak (KELABU)
- Laluan Krim (Taman Fadason – MRT Sri Delima) ditukar kepada GOKL Taman Fadason – MRT Sri Delima (KRIM)
- Laluan Merah Lembayung (MRT Jinjang – Matrade) ditukar kepada GOKL 13 MRT Jinjang – Matrade (MERAH LEMBAYUNG)
Tambah DBKL lagi, pengguna bas GOKL adalah digalakkan untuk memuat turun dan menggunakan Aplikasi GOKL bagi mengetahui maklumat terkini dan pengumuman dari masa ke semasa berhubung perkhidmatan bas GOKL.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.