Proton X90 2023 kini di Afrika Selatan – 1.5 TGDi hibrid ringkas, 4 varian, 6 atau 7 tempat duduk; dari RM138k

Proton X90 2023 kini di Afrika Selatan – 1.5 TGDi hibrid ringkas, 4 varian, 6 atau 7 tempat duduk; dari RM138k

Selepas dilancarkan di Malaysia pada Mei lalu, Proton X90 telah pun diperkenalkan secara rasmi di Afrika Selatan pula. Seperti di Malaysia, empat varian diperkenalkan, bermula dengan varian asas Standard ditawarkan pada harga 559,000 rand (RM138,493).

Diikuti dengan varian Executive berharga ZAR589,900 (RM145,914), Premium berharga ZAR644,900 (RM159,452) dan model spesifikasi penuh Flagship berharga ZAR679,900 (RM168,101). Permulaan harga bagi X90 di Afrika Selatan lebih tinggi berbanding di Malaysia (SUV ini bermula dengan harga atas jalan RM123,800 tanpa insurans di sini), tetapi merupakan SUV hibrid tujuh-tempat duduk paling mampu milik di Afrika Selatan, menurut TopAuto.

Harga permulaan X90 di Afrika Selatan lebih tinggi berbanding Malaysia (dijual pada harga RM123,800 atas jalan tanpa insurans), tetapi merupakan hibrid tujuh-tempat duduk paling mampu milik di Afrika Selatan, menurut TopAuto.

Kesemua varian X90 dijanakan oleh enjin 1.5 liter tiga-silinder sebaris TGDi petrol dengan hamburan kuasa 177 PS (174 hp atau 130 kW) pada 5,500 rpm dan tork 255 Nm dari 1,500 hingga 4,000 rpm. Ia turut diberikan sistem hibrid ringkas 48-voltan yang dipadankan dengan penjana kuasa pengecas turbo, dengan motor elektrik bagi sistem berkenaan mampu menyalurkan 14 PS (13 hp atau 10 kW) dan 52 Nm. Sekaligus membolehkan SUV ini menerima keseluruhan kuasa sebanyak 190 PS (188 hp atau 140 kW) dan 300 Nm, dengan transmisi dwi-klac basah tujuh-kelajuan yang menyalurkan pacuan ke roda hadapan.

Untuk kelengkapannya pula, X90 yang dijual di Afrika Selatan lebih kurang sama dengan apa yang dipasarkan di Malaysia, dengam varian Standard menerima ciri standard termasuk roda aloi 18-inci, lampu utama projektor LED, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus hadapan LED, kluster instrumen standard, pemilih mod pemanduan, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, remote engine start, tempat duduk upholstery fabrik, kawalan kelajuan dwi-zon (dengan corong di belakang dan penapis kabin N95), sistem infotainmen skrin sesentuh 12.3-inci dan enam pembesar suara.

Ciri lain yang turut diberikan untuk varian Standard termasuklah enam beg udara (hadapan, sisi dan tirai), ABS, EBD, bantuan brek, penahan brek auto (berfungsi dengan brek parkir elektronik), ESC, kawalan cengkaman, bantuan menurun bukit, kawalan kelajuan, sistem amaran membuka pintu, dua penderia parkir hadapan dan empat penderia parkir belakang.

Bagi varian Executive pula, ia ditambah dengan lampu utama automatik, bilah pengelap cermin dengan penderia hujan, tailgate kuasa, paparan kluster instrumen digital 10-inci, tempat duduk pemandu larasan kuasa dengan enam-cara, tempat duduk upholstery kulit, sistem pemantauan tekanan tayar dan kamera 360-darjah.

Proton X90 2023 kini di Afrika Selatan – 1.5 TGDi hibrid ringkas, 4 varian, 6 atau 7 tempat duduk; dari RM138k

Untuk varian Premium, X90 diberikan roda aloi bersaiz 19-inci, tailgate kuasa bukaan-automatik, upholstery kulit Nappa, cermin pandang belakang auto-kelam, tempat duduk pemandu dengan fungsi pengudaraan dan larasan lumbar dua-cara, brek kecemasan sendiri, bantuan parkir auto, amaran pelanggaran hadapan, kawalan kelajuann adaptif, bantuan kekal lorong, amaran ketibaan lorong, lampu tinggi auto dan tambahan dua unit penderia parkir hadapan (jumlah keseluruhan empat unit).

Manakala Flagship pula ditambah dengan bumbung suria panoramik, dan menjadi varian tunggal yang ditawarkan dengan enam tempat duduk termasuk bangku kapten pada barisan kedua dengan bentengan 2-2. Varian lain pula ditawarkan dengan tujuh tempat duduk dengan bentangan 2-3-2.

Untuk pasaran Afrika Selatan, X90 dotawarkan dengan waranti lima-tahun dan tanpa had perbatuan secara standard, dengan pelan servis mengikut pilihan kos. Enam warna pilihan ditawarkan iaitu Snow, White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown, Ruby Red dan Marine Blue untuk varian Premium dan Flagship, tetapi varian Executive tidak diberikan pilihan Marine Blue. Manakala varian Standard menerima pilihan warna yang terhad iaitu Snow White, Armour Silver dan Jet Grey.

Proton X90 1.5L Flagship 2023 untuk pasaran Malaysia

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required