Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan percuma sempena cuti sekolah, 26 Ogos-1 Sept 2023

Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan percuma sempena cuti sekolah, 26 Ogos-1 Sept 2023

Puspakom telah melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma sempena cuti sekolah bermula pada 26 Ogos hingga 1 September 2023. Kempen ini yang turut dikenali sebagai Free VVI (Voluntary Vehicle Inspection) ditawarkan kepada semua pemilik dan pemandu kenderaan persendirian khususnya bagi mereka yang merancang untuk melakukan perjalanan jauh seperti balik ke kampung atau pergi bercuti.

Tanda pagar #drivesafenoregrets yang sudah sinonim dengan kempen ini bertujuan mengingatkan masyarakat terutamanya pemandu kenderaan yang merancang untuk pulang ke kampung atau pun bercuti agar memastikan kenderaan mereka dalam kondisi yang terbaik dan selamat dipandu sebelum memulakan perjalanan.

Selain itu, kempen pemeriksaan percuma ini merupakan salah satu tanggungjawab korporat Puspakom dalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan kenderaan di samping untuk mengalakkan mereka melakukan pemeriksaan kenderaan secara berkala.

Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan percuma sempena cuti sekolah, 26 Ogos-1 Sept 2023

Pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma ini boleh hadir secara walk-in ke mana-mana cawangan Puspakom seluruh negara (kecuali cawangan Shah Alam, Taman Bukit Maluri dan Pasir Gudang) dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Selain itu, penduduk sekitar Ampang berpeluang mendapatkan pemeriksaan kenderaan secara percuma menggunakan Unit Bergerak Puspakom yang akan berada di Lotus Ampang esok, 26 Ogos dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela ini tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu pemeriksaan bahagian brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan banyak lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required