Toyota Corolla GR Sport 2023 kini di M’sia — varian tertinggi dengan lencana GR, suspensi baru, RM153k

Toyota Corolla GR Sport 2023 kini di M’sia — varian tertinggi dengan lencana GR, suspensi baru, RM153k

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini memperkenalkan varian baru dan juga peningkatan bagi model sedan segmen C, Corolla untuk pasaran Malaysia. Varian yang dimaksudkan ialah Corolla GR Sport 2023, yang dijual pada harga RM152,800 (atas jalan, tidak termasuk insuran).

Varian terbaru ini menampilkan beberapa penambahbaikan berbanding model Corolla biasa. Selain lencana GR yang mencadangkan sisi sporty dari sayap prestasi dan perlumbaan Toyota ini, Corolla GR Sport hadir dengan wajah depan yang membezakannya — bahagian gril honey comb mesh di bawah yang lebih besar dengan kemasan hitam berkilat, lampu depan dengan ciri AHB, lampu kabus LED, jalur dan bukaan bawah logo Toyota yang lebih luas serta pelapik bawah badan untuk mengurangkan lagi kesan daya rintangan model ini.

Toyota Corolla GR Sport 2023 kini di M’sia — varian tertinggi dengan lencana GR, suspensi baru, RM153k

Di sisi, perumah cermin sisi hitam digunakan, serta rim khas GR bersaiz 18-inci serba hitam, dengan profil tayar lebih besar 225/40R 18. Di belakang, rekaan bahagian bamparnya diperbaharui dengan tambahan diffuser. Selain itu, lencana GR turut menghiasi di belakang. Di dalam, kerusi balutan kulit dengan jahitan merah menjadi penawaran yang diteruskan bagi varian GR Sport ini.

Sedikit peningkatan dari segi prestasi — walaupun mekanikal enjin masih sama seperti varian biasa — ialah penggunaan sistem suspensi yang diberi talaan khusus dengan disertai palang penstabil untuknya, memberikan kendalian yang lebih tertumpu dan lebih dinamik.

Untuk makluman, Toyota Corolla menggunakan enjin yang sama iaitu 2ZR-FE 1.8 liter NA empat-silinder sebaris dengan janaan kuasa 139 PS (138 hp atau 103 kW) pada 6,000 rpm dan 172 Nm tork, dipadankan bersama CVT yang menghantar kuasa berkenaan ke roda hadapan. Untuk Corolla GR Sport, ia hanya ditawarkan dalam tiga pilihan warna: Red Mica Metallic, Platinum White Pearl MC and Attitude Black.

Toyota Corolla GR Sport 2023 kini di M’sia — varian tertinggi dengan lencana GR, suspensi baru, RM153k

Dari segi kelengkapan lainnya, Corolla GR Sport ini berkongsi banyak persamaan dengan varian 1.8G, yang kini turut hadir dengan kluster instrumen digital 12.3-inci sebagai kemaskini dan peningatan terbaru bagi tahun 2023 untuk Corolla. Untuk infotainmen, skrin sentuh bersaiz 9-inci berada di tengah.

Ciri lain yang ada termasuk ialah lampu utama projektor LED automatik, kawalan pendingin dua-zon, ciri brek parkir elekrtronik (dengan Auto Hold), paddle shifter, kerusi pemandu larasan lapan-arah, pelindung matahari tingkap sisi belakang, pengecas Qi tanpa wayar, monitor pandangan panoramik 3D dan perakam video digital depan dan belakang.

Untuk aspek keselamatan, sama seperti varian Corolla 1.8G, versi GR Sport ini dilengkapi dengan Toyota Safety Sense yang terdiri daripada ciri Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA) dengan Steering Assist, Lane Tracing Assist (LTA), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) kelajuan penuh, dan Auto Hight Beam (AHB).

Tidak ketinggalan peninjau titik buta, amaran lintasa trafik belakang, kawalan kestabilan, ABS, lampu isyarat kecemasan,, sensor undur, brek parkir dan sistem amaran tekanan tayar. Barisan ciri keselamatan pasif juga seperti biasa, antaranya dengan tujuh-beg udara dan Isofix.

Toyota Corolla GR Sport 2023 didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan dari tarikh pertama ia didaftarkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required