Ujian rintis Sistem Pembayaran Terbuka kini dilaksanakan di Lebuhraya Besraya dan NPE

Ujian rintis Sistem Pembayaran Terbuka kini dilaksanakan di Lebuhraya Besraya dan NPE

Selepas Lebuhraya MEX, SPRINT dan LDP, kini giliran Besraya dan NPE pula melaksanakan ujian rintis bagi Sistem Pembayaran Terbuka di plaza tol kendaliannya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM Chua Lay Hoon, pelaksanaan ujian rintis itu selaras dengan inisiatif kerajaan untuk menyediakan kaedah pembayaran alternatif kepada pengguna lebuh raya, laporan Bernama.

“SPT membolehkan pengguna lebuh raya membayar tol dengan menggunakan kad debit, kad kredit atau kad prabayar selain dari kaedah sedia ada seperti Touch ‘n Go (TnG), SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sekali gus memberi alternatif baharu kepada pengguna dalam proses pembayaran tol.

“Dalam tempoh ujian rintis ini, lorong yang menyediakan SPT dapat dikenal pasti melalui papan tanda khusus di gantri untuk membantu pengguna,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau menasihati pengguna lebuh raya supaya memastikan baki kad mencukupi untuk pembayaran tol. Selain itu katanya, pengguna boleh menggunakan kad bank lain ataupun kad TnG sekiranya transaksi menggunakan kad bank gagal.

“Divisyen Tol IJM berharap pelaksanaan kutipan tol secara SPT ini dapat memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya di samping membantu melancarkan operasi kutipan tol,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required