Acara Premium Auto Car Expo (PACE) 2023 sedang berlangsung hari ini dan esok, di Setia City Convention Centre, di mana anda boleh menikmati pelbagai tawaran menarik untuk kereta baru dan juga terpakai, berserta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah.
Antara yang hadir adalah Audi, yang membawa jentera prestasi serta elektrik mereka, dari Q8 Sportback e-tron, RS e-tron GT dan e-tron GT, hinggalah model enjin pembakaran dalaman termasuk Q3 Sportback dan A7 Sportback, serta RS3 Sedan.
Bagi model SUV berenjin pembakaran dalaman, Audi menyediakan Q2 berharga RM219,990 sebagai permulaan, diikuti RM268,990 untuk Q3, RM319,990 untuk Q3 Sportback, dan RM429,990 untuk Q5 Sportback.
Sementara itu, model elektrik Q pula meliputi Q8 e-tron 55 dalam versi SUV dan Sportback, yang ditawarkan dengan Audi Assurance Package (AAP), memberikan jaminan selama lima tahun dan pakej penyelenggaraan percuma tiga tahun, 45,000 km. Pakej Audi Assurance ditawarkan sehingga 31 Disember 2023.
Jika menempah mana-mana model kereta semasa acara PACE 2023 ini, pengunjung berpeluang mendapat ganjaran menarik termasuklah baucar bernilai RM2,500 dari rakan kerjasama kami. Ini termasuklah baucar filem cermin gelap bernilai RM500 (V-Kool), baucar RM500 untuk alas kereta dari Dodomat, baucar RM500 dari Blueair, baucar RM500 untuk tempat duduk keselamatan kanak-kanak (Recaro Kids) dan baucar RM500 untuk tempat duduk kulit kustom (DK Schweizer).
Rakan penaja utama PACE 2023 iaitu Petronas dan penaja bersama myTukar turut menyediakan booth masing-masing. Malahan myTukar juga mempamerkan pelbagai barisan kenderaan terpakai untuk dijual dan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.