Premium Auto Car Expo (PACE) 2023 adalah satu acara yang perlu anda hadiri sama ada hari ini ataupun esok di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam, Selangor untuk menikmati pelbagai tawaran menarik untuk kereta baru mahupun terpakai.
Antara syarikat yang menyertai acara ini adalah EON, dengan membawa beberapa model termasuk Proton X90, smart #1, Mitsubishi Triton Athlete dan juga Isuzu D-Max X-Terrain. Syarikat ini juga mempunyai kawasan pameran khas untuk model Audi dan Volkswagen.
Jika mahu membeli Proton X90, PACE 2023 adalah tempatnya. Selain datang dengan jaminan lima tahun tanpa had batuan, upah servis percuma enam kali serta pakej data lima tahun (1GB setiap bulan), anda juga boleh menyertai promosi cabutan bertuah yang akan berlangsung sehingga 30 November, jika membuat tempahan di PACE 2023.
Bagi smart #1 pula, yang ditawarkan dalam versi Premium dan Brabus, anda boleh menjadi satu daripada 501 pelanggan pertama yang menempah EV ini sebelum ia dilancarkan, dan menikmati manfaat eksklusif bernilai RM1001 dalam bentuk kredit mengecas.
Terletak di bahagian hadapan kawasan pameran adalah trak pikap Mitsubishi Triton, dalam versi paling tinggi Athlete, yang boleh didapati dengan rebat RM7,000, jaminan tanpa had batuan lima tahun serta pakej penyelenggaraan percuma dua tahun. Triton AT Premium pula ditawarkan bersama rebat RM9,000 serta jaminan lima tahun tanpa had batuan. MPV Xpander hadir dengan rebat RM4,000 dan jaminan tanpa had batuan selama lima tahun.
Jika berminat dengan Isuzu D-Max, anda boleh pilih pelbagai varian, dari 1.9L Single Cab atau Dual Cab, hinggalah 3.0L X-Terrain yang paling tinggi. Antara kelengkapan pada trak ini adalah termasuk pemula enjin jarak jauh, sambungan Apple CarPlay tanpa wayar, pengawal suhu dua zon, DVR pandangan hadapan dan belakang, serta pemerhati 360 darjah.
Jika menempah mana-mana model kereta semasa acara PACE 2023 ini, pengunjung berpeluang mendapat ganjaran menarik termasuklah baucar bernilai RM2,500 dari rakan kerjasama kami. Ini termasuklah baucar filem cermin gelap bernilai RM500 (V-Kool), baucar RM500 untuk alas kereta dari Dodomat, baucar RM500 dari Blueair, baucar RM500 untuk tempat duduk keselamatan kanak-kanak (Recaro Kids) dan baucar RM500 untuk tempat duduk kulit kustom (DK Schweizer).
Rakan penaja utama PACE 2023 iaitu Petronas dan penaja bersama myTukar turut menyediakan booth masing-masing. Malahan myTukar juga mempamerkan pelbagai barisan kenderaan terpakai untuk dijual dan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan.
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.