PACE 2023: Hyundai Tucson, Santa Fe Hybrid facelift dipamerkan, baucar RM2,500 menanti anda

PACE 2023: Hyundai Tucson, Santa Fe Hybrid facelift dipamerkan, baucar RM2,500 menanti anda

Dalam kemeriahan PACE 2023 yang sedang berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) turut mengambil kesempatan mempertontonkan secara eksklusif dua model SUV yang bakal dilancarkan iaitu Tucson generasi ke-empat dan Hyundai Santa Fe facelift.

Tempahan bagi kedua-dua SUV berkenaan telah pun dibuka dan pelancarannya dijangka berlangsung bulan hadapan. Jika anda menempah mana-mana model SUV ini menerusi PACE 2023, anda bakal menerima baucer bernilai RM2,500.

Untuk pasaran Malaysia, Santa Fe Facelift menawarkan tiga varian iaitu Hybrid Plus, Hybrid Max dan Diesel Max. Bagi varian Hybrid, kombinasi penjana kuasanya terdiri daripada enjin 1.6 liter Gamma II T-GDI petrol yang mampu menghamburkan kuasa 180 PS dan tork 265 Nm, bersama motor elektrik 44.2 kW, sekaligus memberikan keseluruhan kuasa mencecah 230 PS dan 350 Nm. Pacuannya disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi automatik enam-kelajuan.

Bagi Diesel Max pula, ia diberikan enjin 2.2 liter CRDi diesel, dengan hamburan kuasa mencecah 199 hp (202 PS) dan tork 440 Nm, yang dipacukan ke empat-empat roda menerusi sistem pacuan semua-roda dan DCT basah lapan-kelajuan.

Untuk Tucson pula, ia menampilkan model tertinggi 1.6T Max (yang dipamerkan di PACE 2023), 1.6T Plus (pertengahan) dan 2.0 Lite (permulaan). Untuk model 1.6, ia diberikan enjin 1.6 liter pengecas turbo empat-silinder sebaris petrol dengan kuasa 180 PS pada 5,500 rpm dan 265 Nm dari 1,500 hingga 4,500 rpm, serta transmisi Dwi-Klac tujuh-kelajuan.

Manakala bagi varian 2.0 Lite pula, ia menerima enjin 2.0 liter naturally-aspirated empat-silinder sebaris petrol dengan kuasa 156 PS pada 6,200 rpm dan 192 Nm pada 4,500 rpm, digandingkan dengan transmisi automatik enam-kelajuan.

Selain Tucson dan Santa Fe, Hyundai turut mempertontonkan crossover Creta, dan dua model elektriknya iaitu Ioniq 5 dan Ioniq 6 EV. Di PACE 2023, Hyundai turut menawarkan rebat sehingga RM25,000 untuk model terpilih. Bukan itu sahaja, bagi yang menempah Ioniq 6, anda bakal menerima keahlian Shell Recharge Gold secara percuma selama setahun apabila menerima EV terbabit.

Jika anda menempah mana-mana model kereta menerusi acara PACE 2023 ini, anda juga berpeluang mendapat ganjaran menarik termasuklah baucer bernilai RM2,500 dari rakan kerjasama kami. Ini termasuklah baucar lapisan cermin gelap bernilai RM500 (V-Kool), baucar RM500 untuk alas kereta dari Dodomat, baucar RM500 dari Blueair, baucar RM500 untuk tempat duduk keselamatan kanak-kanak (Recaro Kids) dan baucar RM500 untuk tempat duduk kulit kustom (DK Schweizer).

Rakan penaja utama PACE 2023 iaitu Petronas dan co-sponsor myTukar yang juga turut menyediakan booth dalam menawarkan perkhidmatan masing-masing. Malahan myTukar juga mempamerkan pelbagai barisan kenderaan pra-pemilikan untuk jualan dan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan (inspection) kenderaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required