Kebelakangan ini semakin kerap berlakunya kejadian kanak-kanak tertinggal dalam kereta sehingga menyebabkan kematian. Gusar dengan kejadian-kejadian seperti ini dari berulang, ada pihak yang mahu penggunaan cermin gelap diharamkan bagi mengurang risiko dari terjadinya insiden yang sama.
Menurut menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri, larangan penggunaan cermin gelap ini hanya boleh dibuat oleh Kementerian Pengangkutan (MOT), dan beliau sudahpun menyuarakan cadangan mengenai perkara itu kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
“Bagi larangan cermin gelap yang dicadangkan orang ramai, itu terpulang pihak berkenaan (MOT) untuk melihat perkara ini yang merupakan satu daripada punca kepada kecuaian. Saya sebenarnya ada berbincang dengan Menteri Pengangkutan supaya melihat perkara ini sama ada ia perlu diambil tindakan, kerana kita tahu ini merupakan antara punca kepada kecuaian (terhadap kanak-kanak),” katanya dalam laporan Bernama.
Nancy sebelum ini dilapor berkata kementeriannya sedang mempertimbangkan cadangan untuk melarang penggunaan cermin gelap kenderaan bagi mengelak kematian kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam kereta. Cadangan itu, katanya dibuat berikutan tiga kanak-kanak meninggal dunia dalam tempoh dua bulan, selepas ditinggalkan bersendirian di dalam kenderaan.
Buat masa sekarang menerusi undang-undang yang disemak semula pada 2019, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membenarkan cermin tingkap belakang dan cermin sisi belakang digelapkan sepenuhnya (Kadar Ketelusan Cahaya atau VLT 0%), manakala cermin hadapan 70%, cermin tepi sisi kiri kanan pemandu pula adalah 50%.
Kanak-kanak lazimnya diletakkan pada bahagian belakang kenderaan, dan mungkin menyebabkan bukan sahaja ibubapa/penjaga, malah orang ramai yang lalu lalang tidak perasan jika mereka tidak dikeluarkan dari kereta.
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.
saya sokong kalau semua cermin max VLT 20% atau max VLT 35%