Sisma Auto buka pusat 3S Volvo di Sungai Besi, KL

Sisma Auto buka pusat 3S Volvo di Sungai Besi, KL

Sisma Auto baru sahaja membuka sebuah pusat 3S Volvo di Wisma Sisma, 855, Lebuh Raya Sungai Besi, Kuala Lumpur. Ia terletak di sebuah bangunan empat tingkat dengan keluasan tapak 55,000 kaki persegi dan menelan belanja pembinaan RM30 juta.

Bahagian pameran Sisma Auto Sungai Besi ini diangkat sebagai pusat pameran Volvo terbesar di Malaysia, dengan boleh menempatkan sehingga 16 buah kenderaan baru dan terpakai SELEKT, sambil pelanggan boleh menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan di ruang rehat.

Sebagai sebuah pusat 3S, Sisma Auto Sungai Besi juga dilengkapi dengan pelbagai peralatan canggih untuk servis dan baik pulih kenderaan Volvo seperti komputer diagnostik, mesin penjajaran roda serta pengecas DC 120 kW. Ia boleh menerima kemasukan semua model Volvo termasuk yang menggunakan enjin pembakaran dalaman, hibrid serta elektrik.

“Pusat 3S yang lebih besar dan lebih baik ini dibangunkan memandangkan jumlah pelanggan kami yang kian meningkat. Ia juga berfungsi sebagai penambahan kepada lokasi jualan sedia ada kami di Bukit Bintang, yang berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur,” kata Pengarah Urusan Kumpulan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim.

Sisma Auto Sungai Besi juga menerapkan gabungan pelbagai inisiatif mampan seperti penuaian air hujan, penggunaan tenaga suria, reka bentuk muka bangunan bertebat cekap tenaga, pencahayaan dan pengudaraan cekap tenaga, dan pemaksimuman elemen hijau. Penggunaan perabotnya pula adalah yang terkini hasil daripada sumber dan pembuatan mampan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required