EON smart Glenmarie dibuka – pusat 3S serba lengkap

EON smart Glenmarie dibuka – pusat 3S serba lengkap

Selepas smart #1 dilancarkan untuk jualan di Malaysia oleh Pro-NET Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Proton beberapa hari lalu, kini Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) pula secara rasmi membuka pusat pameran 3S jenama itu di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

Untuk ruang utama, ia mempunyai keluasan 4,362 kaki persegi, dan boleh menempatkan tiga unit kenderaan pameran serta bahagian lain seperti ruang penyerahan kenderaan, ruang rehat bersama kafe, tempat perbincangan serta bilik permainan kanak-kanak.

Bahagian selepas jualan pula mempunyai keluasan 3,716 kaki persegi, dan menempatkan empat ruang servis kenderaan, lapan petak letak kereta pelanggan, dua pengecas AC (maksimum 22 kW) serta satu pengecas DC (maksimum 60 kW).

“Kami menjangkakan pusat 3S smart ini akan memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan smart #1 yang semakin meningkat dan memberikan impak besar kepada pasaran EV tempatan,” kata ketua pengedaran automotif DRB-Hicom dan ketua pegawai eksekutif EON, Akkbar Danial.

Pusat 3S smart Glenmarie ini melibatkan pelaburan sebanyak RM4 juta oleh EON, dan dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, sementara pada hari Ahad dan cuti umum pula waktu operasinya adalah dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required