JPJ nasihati orang ramai jangan terperdaya dengan scammer tawarkan lesen memandu secara tidak sah

JPJ nasihati orang ramai jangan terperdaya dengan scammer tawarkan lesen memandu secara tidak sah

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengesan kegiatan sindiket penipuan (scammer) menerusi laman media sosial Facebook, Telegram dan lain-lain yang menawarkan pengeluaran lesen memandu secara murah dan mudah tetapi tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan tidak sah di sisi undang-undang.

“Pemantauan JPJ mendapati terdapat beberapa modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini yang menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan iklan dengan menggunakan pelbagai kaedah pujukan termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi menarik dan memikat orang ramai mendapatkan lesen tanpa ujian dan boleh didapati dalam masa yang singkat, murah, mudah dan sukar dikesan pihak berkuasa.

“Dimaklumkan bahawa lesen memandu yang dikeluarkan secara sah hendaklah mengikut tatacara dan prosedur latihan dan ujian memandu kompeten yang ditetapkan. Dalam hal ini, JPJ ingin menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan sindiket penipuan pengeluaran lesen memandu secara tidak sah sebegini, yang menggunakan pelbagai kaedah dan teknikal komunikasi yang berbeza bagi mempengaruhi pemikiran orang ramai,” kata Ketua Pengarah JPJ menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

JPJ nasihati orang ramai jangan terperdaya dengan scammer tawarkan lesen memandu secara tidak sah

Justeru, JPJ telah bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan akaun di media sosial yang menawarkan dan menjalankan operasi sindiket penipuan ini untuk tindakan selanjutnya.

“Orang ramai adalah dinasihati agar tidak mudah terpedaya dan berkongsi maklumat tidak sahih, agar tiada lagi mangsa yang tertipu dengan kandungan yang mengelirukan dan sindiket penipuan sebegini,” sambung JPJ lagi.

Dalam masa yang sama, JPJ menegaskan bahawa memiliki lesen tidak sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 108 Akta 333. Memandu tanpa lesen yang sah bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi juga terdedah dengan risiko kemalangan yang membahayakan nyawa sendiri dan orang lain. Orang ramai yang berhasrat mendapatkan lesen memandu secara sah bolehlah menghubungi Institut Memandu (IM) yang berdaftar dengan JPJ.

“JPJ menyeru orang ramai untuk memberikan maklumat dan menyalurkan aduan sekiranya terdapat sindiket yang cuba menawarkan promosi pengeluaran secara mudah dan murah tetapi tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti mana di media-media sosial,” tambahnya lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required