Kerajaan sasar tambahan 100 lagi pengecas EV di lebuh raya bertol menjelang 2025 – Ahmad Maslan

Kerajaan sasar tambahan 100 lagi pengecas EV di lebuh raya bertol menjelang 2025 – Ahmad Maslan

Kerajaan meletakkan sasaran untuk mempunyai tambahan 100 lagi pengecas EV di lebuh raya bertol menjelang tahun 2025. Dalam laporan yang disiarkan oleh Bernama, timbalan menteri kerja raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dipetik memberitahu, ia perlu untuk memenuhi permintaan, terutamanya di Lebuh Raya Utara Selatan (NSE), susulan daripada jumlah kenderaan elektrik (EV) yang semakin bertambah atas jalan.

“Dalam masa satu tahun setengah lagi, kami berharap dapat menambah 100 lagi stesen pengecas EV (di lebuh raya bertol), di mana sasaran sebelum ini cuma 100 pada tahun 2025. Melihat kepada keadaan sekarang, sasaran ini akan ditingkatkan dan mencecah 160 stesen pengecas kerana kami menerima banyak permohonan,” kata beliau.

Maslan juga menambah bahawa masih tedapat cara untuk insfrastruktur pengecas awam di sepanjang 33 lebih raya bertol ini memenuhi keperluan pengguna. “Keperluan untuk lebih lagi tempat mengecas EV adalah satu cabaran baru dalam lanskap lebuh raya masa hadapan, sebagai tambahan kepada konsep baru untuk R&R,” kata beliau.

Buat masa sekarang, terdapat 60 stesen pengecas EV di NSE dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), yang diletakkan di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta stesen minyak. Sementara pemasangan pengecas dan pembangunan rangkaian ini dijalankan sepenuhnya oleh sektor swasta, kerajaan masih mengekalkan tinjauan menyeluruh kepada pembangunan infrastruktur.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required